Keadaan di India amat memilukan: Ketua WHO

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keadaan di India amat memilukan: Ketua WHO

Apr 28, 2021 | 5:30 AM

Keadaan di India amat memilukan: Ketua WHO

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
WHO BERI SOKONGAN: Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata agensi PBB itu sedang melakukan "segala yang mampu" untuk membantu India menangani gelombang kes koronavirus. - Foto REUTERS.
WHO BERI SOKONGAN: Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata agensi PBB itu sedang melakukan "segala yang mampu" untuk membantu India menangani gelombang kes koronavirus. - Foto REUTERS. -

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangannya mengenai gelombang kes dan kematian disebabkan Covid-19 di India yang memecah rekod.

Beliau juga berkata pertubuhan itu sedang bergegas untuk membantu menangani krisis tersebut.

"Situasi di India amat memilukan," kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan kelmarin,

Beliau berkata demikian sedang India memerangi gelombang koronavirus yang menyebabkan hospital dipenuhi penyakit dan krematorium sibuk dengan upacara pembakaran mayat.

Dengan kes melambung naik sejak beberapa hari lalu, ada keluarga menggunakan media sosial untuk meminta bekalan oksigen dan lokasi hospital yang mempunyai katil kosong.

Ibu kota New Delhi melanjutkan sekatan selama seminggu.

"WHO melakukan segala yang kami mampu, menyediakan peralatan dan bekalan kritikal," kata Dr Tedros.

Beliau berkata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sedang, antara lain, menghantar "ribuan penumpu oksigen, hospital bergerak pasang siap dan bekalan makmal".

WHO juga berkata ia telah memindahkan lebih 2,600 pakarnya daripada pelbagai program, termasuk polio dan tuberkulosis, untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan India bagi membantu menangani pandemik tersebut.

Negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu kini menjadi titik tumpuan terbaru pandemik Covid-19, yang telah membunuh lebih tiga juta orang di seluruh dunia, sedang negara-negara kaya mengambil langkah menuju ke arah kembali ke keadaan biasa dengan mempercepat program inokulasi.

Amerika Syarikat dan Britain telah menghantar ventilator dan bahan vaksin untuk membantu India mengatasi krisis dahsyat itu, sementaa sebilangan negara lain berikrar akan menyokong.

Sejak virus Covid-19 kali pertama muncul di China pada akhir 2019, penyakit itu telah membunuh lebih 3.1 juta orang daripada sekurang-kurangnya 147 juta yang dijangkiti, menurut kiraan daripada sumber rasmi yang dikumpulkan oleh agensi berita AFP.

Dr Tedros kelmarin berkata jumlah kes baru global meningkat sepanjang sembilan minggu lalu berturut-turut.

"Untuk meletakkannya dalam perspektif," kata beliau, "bilangan kes di seluruh dunia minggu lalu sama seperti pada lima bulan pertama pandemik ini."

Amerika kekal menjadi negara paling teruk terjejas, dengan sekitar 572,200 kematian dan lebih 32 juta jangkitan, diikuti oleh Brazil dan Mexico.

Tetapi India, di tempat keempat, dalam beberapa hari lalu telah mendorong jumlah kes global.

Kelmarin sahaja India, yang mencatat lebih 195,000 kematian, melaporkan 2,812 kematian baru dan 352,991 jangkitan baru - jumlah tertinggi di negara itu sejak awal pandemik ini. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg