JEREBU

Keadaan di M'sia kian teruk kerana kawasan kebakaran kian luas

KUALA LUMPUR: Kawasan kebakaran semakin meluas di Sumatera dan Kalimantan menjadi antara punca mengapa jerebu kembali menyelubungi pantai barat Semenanjung Malaysia.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam satu kenyataannya berkata jerebu bertambah teruk di sekitar Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan