Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keanggotaan Russia dalam G20 dipertimbang

Mar 24, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya sedang menimbangkan sama ada Russia harus kekal dalam anggota Kumpulan 20 (G20) berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine, demikian menurut beberapa sumber memberitahu Reuters.



Kemungkinan sebarang usaha mahu mengecualikan Russia boleh ditentang anggota lain dalam kumpulan itu - termasuk China, India, Arab Saudi dan lain-lain - meningkatkan kemungkinan sesetengah negara sebaliknya tidak menghadiri mesyuarat G20 tahun ini di Indonesia, kata sumber itu.



G20 adalah wadah antarabangsa utama untuk menyelaraskan banyak perkara termasuk daripada tindakan perubahan iklim kepada hutang rentas sempadan.



Russia kini menghadapi sekatan antarabangsa keras yang diketuai negara Barat yang bertujuan mengasingkannya daripada ekonomi global, termasuk memutuskannya daripada sistem bank global Swift dan menyekat urusan bank pusatnya.



"Terdapat perbincangan mengenai sama ada wajar buat Russia menjadi sebahagian G20," kata satu sumber pegawai kanan.



"Jika Russia kekal sebagai anggota, ia akan menjadi pertubuhan yang kurang berguna."



Ditanya sama ada Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, akan memulakan langkah mengeluarkan Russia daripada G20 apabila beliau bertemu dengan sekutu di Brussels minggu ini, penasihat keselamatan negara itu, Encik Jake Sullivan, memberitahu wartawan di Rumah Putih:



"Kami percaya ia tidak boleh perniagaan seperti biasa dengan Russia dalam institusi antarabangsa dan dalam masyarakat antarabangsa."



Namun Amerika merancang berunding bersama sekutunya sebelum sebarang kenyataan lain dibuat, katanya.



Satu sumber Kesatuan Eropah (EU) secara berasingan mengesahkan adanya perbincangan mengenai status Russia bagi mesyuarat G20 akan datang, yang kini dipengerusikan Indonesia.



"Ia telah dibuat amat jelas kepada Indonesia bahawa kehadiran Russia pada mesyuarat menteri akan datang bakal menjadi amat bermasalah bagi negara Eropah," kata sumber itu.



Sementara itu di Jakarta, Duta Besar Russia ke Indonesia, Cik Lyudmila Vorobieva, berkata Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berhasrat menghadiri sidang puncak G20 yang dianjurkan Indonesia akhir tahun ini, menyusuli adanya gesaan oleh beberapa ahli G20 supaya Russia dilarang daripada kumpulan itu.



"Bukan sahaja G20, banyak pertubuhan cuba mengusir Russia... reaksi Barat sangat tidak seimbang," katanya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >