Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran besar di hospital Covid-19 Iraq bunuh sekurang-kurangnya 82 orang

Apr 25, 2021 | 5:15 PM
Orang ramai berkumpul di hospital Ibn al-Khatib di Baghdad selepas kebakaran berlaku ekoran satu kejadian tangki oksigen meletup. - Foto REUTERS
Orang ramai berkumpul di hospital Ibn al-Khatib di Baghdad selepas kebakaran berlaku ekoran satu kejadian tangki oksigen meletup. - Foto REUTERS -

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh dan 110 yang lain cedera dalam satu kebakaran pada Sabtu (24 Apr) di sebuah hospital di tenggara Baghdad yang dilengkapi untuk menempatkan pesakit Covid-19, kata beberapa sumber perubatan di tiga hospital berdekatan.

Kebakaran di hospital Ibn Khatib di kawasan Jambatan Diyala di ibu kota Iraq itu berlaku setelah satu kemalangan menyebabkan tangki oksigen meletup, kata sumber-sumber itu. Banyak ambulans bergegas menuju ke hospital itu, membawa mereka yang cedera akibat kebakaran, kata seorang jurugambar Reuters di tempat kejadian. Pesakit yang tidak cedera dalam kejadian itu juga dipindahkan daripada hospital itu, kata sumber.

Ketua unit pertahanan awam Iraq berkata kebakaran berlaku di tingkat yang dikhaskan buat unit rawatan intensif paru-paru, dengan 90 orang telah diselamatkan daripada hospital itu, agensi berita negara itu INA memetiknya sebagai berkata, sambil menambah bahawa api telah dapat dipadamkan.

Perdana Menteri Iraq, Encik Mustafa al-Kadhimi, memerintahkan satu siasatan ke atas kejadian itu. "Kejadian ini adalah bukti kecuaian dan oleh itu saya mengarahkan agar siasatan dilancarkan dengan segera dengan pengurus hospital dan ketua keselamatan dan penyelenggaraan ditahan bersama-sama semua pihak yang terlibat sehingga kami mengenal pasti mereka yang cuai dan menjadikan mereka bertanggungjawab," tegas beliau. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg