Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran besar di loji minyak Pertamina di Jawa Barat

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Syarikat minyak milik Indonesia, Pertamina, mengatakan semalam bahawa pihaknya berusaha mengawal satu kebakaran besar di loji minyak Balongan di Jawa Barat yang mencederakan lima orang dan menyebabkan pemindahan 950 penduduk yang tinggal berdekatan.



Kebakaran itu berlaku semasa tengah malam pada lewat malam kelmarin, dengan beberapa video yang dikongsi di media sosial menunjukkan api besar melanda loji itu sedang satu ledakan besar dapat didengar.



Dalam satu kenyataannya, Pertama mengatakan kebakaran di loji itu, yang dapat memproses 125,000 tong minyak sehari, berlaku semasa cuaca buruk.



"Punca kebakaran belum diketahui, tetapi semasa kejadian berlaku hujan lebat dan kilat," ujar syarikat itu.



Jurucakap Pertamina, Encik Ifki Sukarya, kemudian berkata lima orang sedang dirawat di hospital akibat kecederaan melecur, sambil menambah bahawa ada mangsa sedang melintas dekat kawasan loji itu ketika kebakaran berlaku.



Tiada kakitangan Pertamina dilaporkan cedera.



Rakaman televisyen menunjukkan api masih marak pada pagi semalam dengan kepulan asap hitam besar menyelinap dari tempat lokasi kebakaran, yang terletak kira-kira 225 kilometer timur ibu kota Jakarta.



Seorang penduduk memberitahu Metro TV bahawa beliau terjaga daripada tidur oleh bau asap minyak dan melihat kilat di langit.



"Kami bau bahan bakar yang kuat dahulu, begitu kuat sehingga hidung saya sakit... kami juga terkejut dengar dentuman kilat," kata Cik Susi.



"Tiba-tiba langit bertukar kepada warna jingga," katanya.



Pertamina mengatakan pihaknya telah menutup loji berkenaan dan melakukan "pengendalian aliran minyak" untuk mencegah penyebaran kebakaran.



Syarikat itu berkata ia berharap dapat memulihkan operasi di loji minyak Balongan di Jawa Barat itu dalam empat atau lima hari, sedang pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran itu.



Pengarah Pertamina, Encik Mulyono, pula berkata syarikat itu mempunyai stok bekalan minyak yang mencukupi termasuk bagi menampung permintaan menjelang cuti perayaan Hari Raya Puasa. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >