Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran di Canada mungkin berlarutan sepanjang musim panas

Jun 11, 2023 | 4:00 PM
KEBAKARAN MELUAS: Rakaman video daripada British Columbia Wildfire Service, menunjukkan kebakaran di kawasan Sungai Barat Kiskatanaw, sekitar 10 kilometer di timur Tumbler Ridge, Canada.
KEBAKARAN MELUAS: Rakaman video daripada British Columbia Wildfire Service, menunjukkan kebakaran di kawasan Sungai Barat Kiskatanaw, sekitar 10 kilometer di timur Tumbler Ridge, Canada. - Foto AFP

MONTREAL: Api kebakaran baru dan lebih besar telah memaksa ribuan penduduk di serata Canada berpindah sedang negara itu berusaha memandamkan api di luar kawalan, sehingga menteri wilayahnya memberi amaran pada Sabtu bahawa ia mungkin berlarutan sepanjang musim panas ini.

Kawasan seluas lebih daripada 46,000 meter persegi telah terbakar sejak awal 2023, lebih banyak daripada kadar sebelum ini sedang negara itu mengalami cuaca panas dengan lebih pantas berbanding negara lain di dunia, di sebalik perubahan iklim.

Bahagian barat negara itu dilaporkan paling terjejas.

Hanya beberapa hari selepas keadaan tenang, api menjadi marak di Alberta, pemindahan kedua berlaku pada malam Jumaat di bandar Edson.

“Api menjadi di luar kawalan sehinggakan kakitangan bahagian perhutanan terpaksa berundur. Mereka tidak dapat melawan api itu,” kata ketua pegawai pentadbiran Yellowhead County, Encik Luc Mercier, di mana Edson terletak.

Bercakap kepada syarikat penyiaran CBC, salah seorang penduduk, Cik Hayley Waites, berkata pemindahan penduduk di Edson berlangsung dalam “konvoi besar” di mana penduduk seperti melarikan diri.

“Apabila anda panik untuk lakukan sebaik mungkin, apa yang akan anda lakukan adalah larikan diri,” katanya.

“Namun sejurus anda tinggalkan kawasan itu dan berada dalam kereta, anda akan tertanya sekiranya rumah anda akan berdiri tegak apabila anda pulang kelak.”

Di British Columbia sekitar 2,400 penduduk bandar Tumbler Ridge terpaksa dipindahkan sedang api menghampiri hanya beberapa kilometer daripada bandar mereka.

Di timur negara itu pula, Menteri Keselamatan Awam Quebec, Encik Francois Bonnardel, berkata pada pagi Sabtu bahawa situasi di tengah dan barat laut wilayah itu kekal sukar, dengan beberapa bandar dilaporkan terancam.

Api di timur laut Quebec pula dilaporkan agak stabil.

“Ini kali pertama dalam sejarah Quebec kami berlawan dengan api, untuk memindahkan ramai orang. Kami akan berlawan api mungkin sepanjang musim panas kali ini,” katanya.

Sekitar 14,000 orang telah diperintah berpindah daripada wilayah itu, dengan Bonnardel mengakui bahawa mereka belum lagi “menang dalam perjuangan itu”. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg