Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran hotel kasino Kemboja: 27 maut, lebih banyak korban dijangka

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



POIPET (Kemboja): Pasukan penyelamat Kemboja menemui lapan mayat semalam di beberapa bilik hangus di sebuah hotel kasino yang terbakar Rabu lalu, membunuh sekurang-kurangnya 27 orang dengan lebih 20 orang masih hilang.



Kira-kira 400 pekerja dan pelanggan berada di kasino dan hotel Grand Diamond City di Poipet, sebuah bandar di sempadan Thailand, apabila kebakaran berlaku sekitar 11.30 malam waktu tempatan Rabu lalu, menyebabkan bangunan itu musnah menjelang petang kelmarin.



Pasukan penyelamat menjangka akan menemui "banyak lagi" korban.



Gambar dan video tempat kejadian menunjukkan orang berpaut pada sisi tingkap, dan seorang anggota penyelamat memberitahu agensi berita AFP beliau melihat orang terjun dari bumbung untuk cuba menyelamatkan diri daripada dijilat api yang sedang semarak.



"Kami percaya ramai lagi terperangkap dalam bangunan itu," kata seorang pegawai polis kepada AFP.



Ratusan askar Kemboja dan pegawai polis serta sukarelawan dari Thailand turut membantu operasi mencari. Sekali-sekala asap masih kelihatan di kompleks itu, sedang pasukan penyelamat membuat persiapan bagi memasuki bangunan hangus itu sekitar 7 pagi semalam.



Ramai mangsa yang cedera dibawa ke Thailand bagi rawatan, dan pegawai Thailand di sempadan berkata lebih 50 orang dimasukkan ke hospital, 13 daripada mereka dalam keadaan parah.



Kasino itu adalah salah satu daripada banyak yang terdapat di Poipet, popular dalam kalangan warga Thai yang dilarang berjudi oleh kerajaan negara itu.



Kementerian Luar Thailand berkata ia sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa Kemboja untuk mencari dan mengenal pasti warga Thai terlibat dalam insiden itu, serta mengirim "peralatan tambahan, pegawai konsular dan atase polis" ke Poipet.



Sementara warga Kemboja sendiri tidak dapat berjudi, banyak kasino berkembang di sepanjang sempadan negara itu dengan Thailand dan Vietnam.



Pada Ogos, kebakaran di sebuah kelab malam Thailand membunuh 26 orang, manakala satu kebakaran di sebuah bar karaoke Vietnam mengorbankan 32 orang pada bulan berikutnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >