Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran hutan di Australia paksa 600 haiwan liar dipindahkan

Dec 6, 2019 | 7:07 PM
Sukarelawan memindahkan haiwan di taman hidupan liar di utara Sydney. FOTO: AFP
Sukarelawan memindahkan haiwan di taman hidupan liar di utara Sydney. FOTO: AFP -

SYDNEY : Tiga ratus haiwan terpaksa dipindahkan daripada taman hidupan liar di utara Sydney, susulan kebakaran hutan yang melanda kawasan itu.

Taman Hidupan Liar Walkabout berkata, mereka terpaksa memindahkan cicak, dingo, merak dan haiwan jenis marsupial, sementara menanti anggota bomba mengawal lebih 100 kebakaran.

Musim kemarau berpanjangan menyebabkan timur Australia menjadi kering kontang, sekali gus mencetuskan kebakaran sejak tiga bulan lalu.

Ketua Jabatan Bomba New South Wales, Shane Fitzsimmons berkata, beberapa pasukan bomba dari Amerika Syarikat (AS) dan Kanada turut datang membantu bagi mengurangkan beban terpaksa ditanggung rakan mereka dari Australia. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg