Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran Jakel Shah Alam: Polis mohon usah buat spekulasi

Jan 2, 2023 | 1:57 PM
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berusaha memadam kebakaran gedung tekstil Jakel Shah Alam yang musnah dalam kejadian kebakaran pagi tadi.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berusaha memadam kebakaran gedung tekstil Jakel Shah Alam yang musnah dalam kejadian kebakaran pagi tadi. - - Foto Facebook KPKT Malaysia

SHAH ALAM: Polis meminta orang awam untuk tidak membuat spekulasi berkaitan punca kebakaran Wisma Jakel Shah Alam awal pagi semalam (1 Januari).

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang menyiasat punca kebakaran, lapor Berita Harian Malaysia.

"Pihak polis pohon orang awam (netizen) tidak membuat spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini.

"Kita kena hormati perasaan mereka yang alami kerugian serta pekerja-pekerja yang hilang sumber pendapatan," katanya mengulas dakwaan beberapa netizen bahawa kebakaran di gedung tekstil Jakel disengajakan.

Beliau berkata, setakat ini polis belum menerima laporan berkaitan perkara tersebut (sengaja dibakar) daripada mana-mana pihak. Tindakan undang-undang boleh diambil oleh pemilik sekiranya laporan siasatan bomba membuktikan sebaliknya.

Semalam, gedung tekstil musnah dalam kebakaran yang bermula sekitar 7 pagi.

Susulan kebakaran itu, pengurusan Jakel menganggarkan kerugian awal hampir RM100 juta.

Jumlah itu bagaimanapun hanya membabitkan nilai bangunan, manakala jumlah sebenar masih belum dapat dianggarkan. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg