Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran lagi di Greece akibat pemanasan global

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



ATHENS: Sebuah kem pendatang Vathy di Pulau Samos, Greece, terbakar Ahad lalu, namun tiada kehilangan nyawa atau kerosakan besar dilaporkan.



Kebakaran terbaru itu berlaku selepas Greece dikejutkan oleh beberapa kebakaran maut bulan lalu, disebabkan gelombang panas yang menurut pegawai akibat pemanasan global.



Mayor Samos, Encik Girgos Stantzos, berkata semua penduduk dapat dipindahkan ke tempat selamat ketika kebakaran itu berlaku.



Lima kereta bomba dikerahkan untuk memadamkan api. Kesemuanya, kira-kira 70 anggota bomba dan 20 kenderaan digunakan bagi melawan kebakaran di pekan Nea Makri, 38 kilometer ke timur laut ibu kota Athens itu, kata seorang pegawai perhubungan jabatan bomba.



Kem itu, yang akan ditutup hujung bulan ini, menempatkan kira-kira 300 orang yang menunggu dipindahkan ke kem baru.



Kem baru dibuka Sabtu lalu dan merupakan antara lima kem pelarian yang mendapat bantahan kumpulan hak asasi manusia berikutan kawalan akses keluar masuk ketat.



Kawat duri memagari seluruh kawasan berkeluasan 12,000 meter persegi itu, yang antara lain dilengkapi kamera pemantauan, pengimbas X-ray dan pintu magnetik.



Ia turut menempatkan pusat tahanan pendatang dan pencari suaka yang sudah ditolak dan akan dihantar kembali ke Turkey.



Keadaan di kem Vathy sering mendapat kritikan sejak dulu. Ia terletak di sebuah pulau Aegean yang menempatkan pelarian dari Turkey.



Antara 2015 dan 2016, ia dihuni hampir 7,000 pencari suaka walaupun kem itu hanya boleh memuatkan 680 orang.



Setahun lalu, kem penuh sesak di Moria, di pulau berdekatan Lesbos, terbakar dalam dua kebakaran, menyebabkan 13,000 orang tanpa tempat berlindung selama beberapa hari.



Satu siri kebakaran hutan dahsyat meragut tiga nyawa dan merosakkan lebih 100,000 hektar di seluruh Greece awal bulan lalu, terutama di barat laut Athens, di pulau Evia dan di selatan Peloponnese.



Itu juga merupakan musim kebakaran musim panas teruk bagi sejumlah negara Eropah selatan, termasuk Sepanyol, Italy, Croatia, Perancis dan Cyprus, sementara api juga meragut nyawa di Turkey dan Alge.



Saintis telah memberi amaran bahawa cuaca melampau dan kebakaran ganas akan menjadi semakin biasa disebabkan pemanasan global buatan manusia, dan perdana menteri Greece mengaitkan kebakaran itu dengan dengan perubahan iklim. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >