NEW YORK: Kebakaran hutan yang terus merebak merentas Arizona, Nebraska dan New Mexico telah menyebabkan satu kematian, dengan lebih 52,000 hektar tanah terbakar selain pemindahan sekitar 4,000 rumah, kata para pegawai.
Kebakaran itu merupakan sebahagian daripada musim aktif rentas negara, sedang api terus mara di California, Colorado dan Texas.
Peramal cuaca National Weather Service Corey Mead berkata Nebraska telah menyaksikan aktiviti "melebihi normal" semasa musim kebakaran dan gabenor New Mexico, Cik Michelle Lujan Grisham, berkata kebakaran telah berlaku sebelum permulaan musim kebakaran hutan negeri.
Cik Lujan Grishnam berkata dalam satu sidang media Sabtu lalu bahawa ancaman terbesar dalam negara ialah kebakaran di Calf Canyon, yang terletak di bahagian timur Santa Fe, dan menyebabkan risiko kepada lebih 900 rumah .
Cik Lujan Grisham berkata lebih 200 struktur telah terbakar dan sekitar 1,000 anggota bomba telah dikerahkan.
Sehingga Ahad lalu, kebakaran Calf Canyon telah memusnahkan lebih 22,000 hektar dan hanya 12 peratus dapat diselamatkan.
Lebih daripada 3,400 rumah di New Mexico juga telah diletakkan di bawah pemindahan wajib.
Coconino County di bahagian utara Arizona juga diletakkan di bawah keadaan darurat, sedang pegawai bomba bertungkus-lumus untuk memadamkan api.
Lebih 260 pegawai bomba dan pekerja telah dikerahkan selain memaksa lebih 750 isi rumah di kawasan itu untuk berpindah, menurut pejabat gabenor.
Hanya 3 peratus kebakaran di Coconino Country, yang bermula pada 17 April, berjaya diselamatkan sehingga Ahad lalu, dengan api itu telah meranapkan lebih 8,500 hektar.
Sekitar 25 struktur hilang, kata pejabat gabenor lagi.
Di Nebraska, seorang terbunuh dan lagi tiga pegawai bomba cedera sedang kebakaran hutan yang bermula Jumaat, akibat angin kencang dan rumput kering, membakar seluruh bahagian barat dan tengah negeri itu, kata pihak berkuasa lagi. - Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg