Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran stesen simpanan minyak Indonesia ragut 13 nyawa

Mar 4, 2023 | 3:45 PM
MUSNAH TERUK: Gambaran dari udara menunjukkan runtuhan bangunan dan kenderaan rosak di kawasan perumahan yang terjejas selepas kebakaran berlaku pada Sabtu malam (3 Mac) di stesen simpanan bahan api yang dikendalikan oleh syarikat tenaga negara Indonesia, Pertamina, di Jakarta, Indonesia. Seramai 13 orang maut.
MUSNAH TERUK: Gambaran dari udara menunjukkan runtuhan bangunan dan kenderaan rosak di kawasan perumahan yang terjejas selepas kebakaran berlaku pada Sabtu malam (3 Mac) di stesen simpanan bahan api yang dikendalikan oleh syarikat tenaga negara Indonesia, Pertamina, di Jakarta, Indonesia. Seramai 13 orang maut. - Foto REUTERS

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 13 individu maut dalam kebakaran di sebuah stesen simpanan minyak kendalian syarikat tenaga Indonesia, Pertamina di Jakarta, Indonesia, pada Jumaat (3 Mac).

Kebakaran itu bermula sekitar 8 malam (waktu tempatan) dan menyebabkan beberapa kediaman berhampiran turut dijilat api dan puluhan penduduk melarikan diri.

Jurucakap Pertamina berkata kebakaran itu berjaya dipadamkan sekitar jam 10.30 malam, namun pihak bomba menerusi Instagram memaklumkan, api masih dikesan di kawasan kediaman selepas itu.

Jurucakap bomba, Rahmat Kristanto, berkata dua daripada 17 individu yang terbunuh adalah kanak-kanak, manakala 50 individu yang cedera turut membabitkan seorang kanak-kanak.

Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono pula memberitahu pemberita bahawa kebanyakan individu cedera akibat melecur dan kerajaan akan menanggung kos perubatan mereka.

Pihak berkuasa Indonesia menggesa siasatan dan audit dilaksanakan terhadap prasarana milik Pertamina itu selepas insiden kebakaran di pusat simpanannya yang meragut 13 nyawa.

Pihak berkuasa awalnya memaklumkan angka kematian sebanyak 17 individu, namun kemudian membuat pembetulan kepada 13.

Selain itu, puluhan individu cedera dan ratusan penduduk dipindahkan.

Menurut pihak berkuasa pasukan bomba Jakarta Utara, Abdul Wahid, kebakaran itu berjaya dipadamkan menjelang awal pagi Sabtu.

Sementara itu, Menteri Syarikat Milik Negara, Encik Erick Thohir memaklumkan sudah mengarahkan Pertamina untuk segera menyiasat kes berkenaan secara terperinci.

"Perlu ada kajian semula terhadap operasi," katanya menerusi Instagram.

Pada masa sama, Encik Sugeng Suparwoto, yang mengetuai jawatankuasa tenaga Parlimen Indonesia, menggesa audit dijalankan terhadap semua fasiliti milik Pertamina. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg