Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebanyakan mangsa terperangkap dalam gua Thai turun berat badan

Jul 11, 2018 | 2:51 PM
DALAM KEADAAN SIHAT: (Barisan atas, dari kiri) Chanin Vibulrungruang, 11 tahun; Mongkol Booneiam, 12 tahun; Somepong Jaiwong, 13 tahun; Panumas Sangdee, 13 tahun; Duganpet Promtep, 13 tahun; (barisan tengah, dari kiri) Ekarat Wongsukchan, 14 tahun; Adul Sam-on, 14 tahun; Nattawut Takamrong, 14 tahun; Pipat Pho, 15 tahun; Prajak Sutham, 15 tahun; (barisan bawah, dari kiri) Pornchai Kamluang, 16 tahun; Peerapat Sompiangjai, 17 tahun; dan jurulatih mereka, Encik Ekapol Chanthawong, 25 tahun yang terperangkap dalam gua Tham Luang sebelum ini kini dirawat di hospital setelah berjaya diselamatkan.
DALAM KEADAAN SIHAT: (Barisan atas, dari kiri) Chanin Vibulrungruang, 11 tahun; Mongkol Booneiam, 12 tahun; Somepong Jaiwong, 13 tahun; Panumas Sangdee, 13 tahun; Duganpet Promtep, 13 tahun; (barisan tengah, dari kiri) Ekarat Wongsukchan, 14 tahun; Adul Sam-on, 14 tahun; Nattawut Takamrong, 14 tahun; Pipat Pho, 15 tahun; Prajak Sutham, 15 tahun; (barisan bawah, dari kiri) Pornchai Kamluang, 16 tahun; Peerapat Sompiangjai, 17 tahun; dan jurulatih mereka, Encik Ekapol Chanthawong, 25 tahun yang terperangkap dalam gua Tham Luang sebelum ini kini dirawat di hospital setelah berjaya diselamatkan. - Foto FACEBOOK

CHIANG RAI: Kebanyakan mangsa terperangkap dalam gua di Thailand yang telah diselamatkan turun berat badan kira-kira dua kilogram tetapi tetap sihat, kata seorang pegawai kerajaan kanan hari ini (11 Julai).

Inspektor jabatan kesihatan Thailand, Dr Thongchai Lertwilairatanapong, berkata penilaian mereka menunjukkan bahawa mereka juga berada dalam keadaan baik dan tidak tertekan.

"Tiada seorang pun yang mengalami masalah serius kerana kekurangan makanan. (Manusia) boleh hidup beberapa bulan tanpa makanan tetapi mereka tetap mempunyai sumber air.

"Disebabkan mereka kekal bersama, perasaan mereka juga terkawal. Mereka membantu antara satu sama lain dan ini antara lain kerana jurulatih mereka yang bersama mereka," kata Dr Thongchai.

Namun menerusi satu sidang media di hospital Chiang Rai Prachanukroh, beliau berkata salah seorang daripada lima orang yang dibawa keluar dari gua itu semalam menunjukkan tanda-tanda jangkitan paru-paru.

Kesemua 12 budak lelaki yang berusia antara 11 dengan 16 tahun itu serta jurulatih mereka yang berusia 25 tahun kini dirawat di hospital itu, menurut akhbar The Straits Times.

Mereka yang terperangkap dalam gua Tham Luang itu adalah anggota pasukan bola sepak bernama 'Wild Boars'.

Difahamkan, mereka telah memasuki gua tersebut pada 23 Jun lalu. Namun, mereka terperangkap di dalamnya apabila mereka cuba berlindung di kawasan lebih tinggi selepas hujan lebat menyebabkan paras air dalam gua itu naik secara tiba-tiba.

Kesemua mereka diselamatkan dan dibawa keluar oleh penyelam antarabangsa dan tempatan dari Ahad lalu hingga semalam.

Menurut Dr Thongchai, hampir kesemuanya didapati mempunyai paras sel darah putih yang tinggi, satu tanda jangkitan. Oleh itu, mereka diberi antibiotik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg