Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Kebebasan beragama semakin merosot di India

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Kebebasan beragama semakin merosot di India

Apr 27, 2022 | 05:30 AM

WASHINGTON: Kebebasan beragama telah merosot "begitu ketara" di India di bawah pemerintahan nasionalis Hindu, kata Suruhanjaya Amerika Syarikat (AS) pada Isnin lalu dan sekali lagi mengesyorkan sekatan yang disasarkan ke atas penindasan.

Ia adalah tahun ketiga berturut-turut Suruhanjaya AS Mengenai Kebebasan Beragama Antarabangsa meminta India diletakkan dalam senarai "negara yang menjadi perhatian khusus" - satu syor yang telah menimbulkan kemarahan New Delhi dan hampir pasti akan ditolak oleh Jabatan Negara.

Dalam laporan tahunan, panel itu - yang dilantik untuk menawarkan cadangan tetapi tidak menetapkan dasar AS - menyuarakan kebimbangan yang meluas tentang Asia Selatan dan juga menyokong saranan kemasukan Jabatan Negara agar Pakistan turut diletakkan dalam senarai hitam.

Di India, suruhanjaya itu mendapati "banyak" serangan dilakukan ke atas minoriti agama, khususnya Muslim dan Kristian, pada 2021 ketika pemerintah Perdana Menteri, Encik Narendra Modi, mempromosikan "wawasan ideologi negara Hindu" melalui dasar yang memusuhi minoriti.

"Keadaan kebebasan beragama di India bertambah buruk begitu ketara," kata laporan itu.

Ia mendedahkan kepada "budaya bebas daripada hukuman untuk kempen ancaman dan keganasan di seluruh negara oleh kumpulan perusuh dan samseng" dan penangkapan wartawan dan penyokong hak asasi manusia.

Berbeza keadaannya dengan dua tahun lalu, kali ini tiada seorang pun dalam panel itu tidak bersetuju dengan saranan mengenai India, kata pesuruhjaya, Encik Anurima Bhargava kepada pemberita.

Pemerintah India pada tahun-tahun sebelumnya dengan marah menolak hasil dapatan suruhanjaya itu, menuduhnya berat sebelah.

Presiden AS, Encik Joe Biden, seperti pendahulunya, Encik Donald Trump, telah berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan India, melihat sebab yang sama dalam menghadapi kebangkitan China.

Encik Biden dijangka bertemu Encik Modi bulan depan di Tokyo sebagai sebahagian daripada sidang kemuncak empat penjuru 'Quad' dengan Jepun dan Australia.

Suruhanjaya itu juga mengesyorkan memasukkan Afghanistan ke dalam senarai hitam berikutan kejayaan Taleban menguasai pemerintahan negara itu dan menyenaraikan semula Nigeria, yang telah disingkirkan oleh pentadbiran Encik Biden.

Negara-negara dalam senarai hitam kebebasan beragama Jabatan Negara, yang boleh mencetuskan sekatan, ialah China, Eritrea, Iran, Myanmar, Korea Utara, Pakistan, Russia, Arab Saudi, Tajikistan dan Turkmenistan. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3