Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kecoh di kedai Shah Alam yang tawar baju Hari Raya serendah 30 sen

Apr 03, 2023 | 11:46 AM



SHAH ALAM: Kekecohan tercetus di sebuah kedai di Shah Alam pada Sabtu apabila ratusan pembeli mengerumuni premis itu untuk mendapatkan promosi yang menawarkan pakaian berharga serendah RM1 (30 sen Singapura).



Kedai itu menawarkan peluang kepada 100 pelanggan pertamanya untuk membeli pakaian pada harga RM1 sebagai sebahagian daripada jualan Hari Rayanya.



Seramai 50 pelanggan seterusnya akan mendapat baju kurta percuma, lapor media Malaysia. Hadiah seperti telefon bimbit juga disediakan untuk dimenangi.


Bagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila lebih 500 orang membanjiri kedai itu sehingga menyebabkan  tolak-menolak dan jerit-menjerit.


Video adegan huru-hara itu tular di media sosial.


Ada video yang menunjukkan orang menjerit di luar kedai, manakala video yang lain menunjukkan adegan huru-hara di dalam kedai pula, dengan orang ramai merampas seberapa banyak barangan yang mereka boleh.


Pengawal keselamatan dilihat menghadapi kesukaran menjaga ketenteraman awam. Akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa seorang pengawal cedera dan dibawa keluar oleh rakan sekerja.


Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima aduan mengenai kejadian itu pada pukul 10.30 pagi Sabtu.

Beliau berkata kedai itu - yang tidak dinamakannya - bersetuju untuk menghentikan operasi pada 11.45 pagi atas kebimbangan keselamatan, kerana pekerja kedai tidak dapat mengawal orang ramai.


Encik Iqbal menasihatkan orang ramai supaya tidak “terlalu emosi” terhadap promosi sedemikian.


“Pada masa sama, pemilik perniagaan mesti bertimbang rasa dan mengelak daripada membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai bagi mengelak berulangnya situasi serupa,” katanya. – Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >