Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kecurigaan meningkat nahas EgyptAir gara-gara perbuatan khianat

May 20, 2016 | 07:22 AM



LONDON: Kecurigaan bahawa nahas pesawat penumpang EgyptAir pada Khamis (19 Mei) disebabkan perbuatan khianat meningkat, sedang pasukan mencari dilaporkan telah mula menemui serpihan di Laut Mediterranean.



Laporan media Greek berkata serpihan seperti kepingan plastik dan jaket keselamatan ditemui terapung di laut kira-kira 370km ke selatan pulau Crete.



Penerbangan MS804, yang berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada Rabu pada 21:09 GMT (5.09 pagi waktu Singapura Khamis) menuju Kahirah dengan 66 orang di dalam pesawat, tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sebelum ia terhempas.



Satu gambaran gangguan mendadak muncul apabila pihak berkuasa merangkai saat-saat akhir pesawat tersebut. Pihak berkuasa penerbangan Greek berkata semua kelihatan normal apabila ia memasuki ruang udara negara itu dan pengawal trafik udara membuat hubungan kali terakhir dengan juruterbang, yang "bersemangat".



Kawalan trafik udara Greek menghubungi juruterbang itu lagi, sebelum pesawat tersebut dijangka diserahkan kepada kawalan trafik udara Mesir, tetapi "pesawat itu tidak respon".



Tidak lama selepas itu, semua hubungan radar dengannya hilang di ruang udara Mesir, 280km di luar pantai Mesir.



Menteri Pertahanan Greek, Encik Panos Kammenos, berkata pesawat Airbus A-320 itu membelok 90 darjah ke kiri dan kemudian 360 darjah ke kanan, sebelum menjunam dan hilang.



Pesawat yang memulakan perkhidmatan pada 2003 itu membawa 30 warga Mesir, 15 Perancis, dua Iraq, dan setiap satu dari Canada, Britain, Belgium, Kuwait, Arab Saudi, Algeria, Sudan, Chad dan Portugal.



Ia mempunyai tujuh anak kapal dan tiga anggota keselamatan.



Menteri Penerbangan Awam Mesir, Encik Sherif Fathy, berkata beliau tidak menolak pengganasan dan kegagalan mekanikal sebagai punca nahas itu, tetapi mengakui pengganasan "kemungkinan lebih tinggi".



Ramai pakar bersetuju, sambil berkata kecemasan di udara jarang berlaku, terutamanya bagi pesawat yang agak baru. Mereka juga menyatakan cuaca baik pada masa pesawat tersebut terhempas.



Sementara itu, polis Perancis telah memulakan siasatan ke atas kakitangan di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, lapor akhbar Perancis, Le Figaro. Sejak awal tahun lalu, akses ke kawasan paling selamat di lapangan terbang itu dibatalkan bagi hampir 70 pekerja, menurutnya. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >