SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kededua anak lelaki Jokowi sedia ikut jejak bapa

Kededua anak lelaki Jokowi sedia ikut jejak bapa

Jan 27, 2023 | 5:20 PM

Kededua anak lelaki Jokowi sedia ikut jejak bapa

KELUARGA POLITIK: Encik Gibran Rakabuming Raka (kiri), yang merupakan anak sulung Presiden Jokowi kini memegang jawatan Wali Kota Surakarta, Jawa Tengah. Beliau turut mengatakan adiknya, Encik Kaesang Pangarep (kanan), turut memendam minat bergiat dalam politik negara itu.
KELUARGA POLITIK: Encik Gibran Rakabuming Raka (kiri), yang merupakan anak sulung Presiden Jokowi kini memegang jawatan Wali Kota Surakarta, Jawa Tengah. Beliau turut mengatakan adiknya, Encik Kaesang Pangarep (kanan), turut memendam minat bergiat dalam politik negara itu. - KAESANGGG / INSTAGRAM

JAKARTA: Kedua-dua orang anak lelaki Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, bersedia untuk mengikuti jejak politik bapa mereka dan ikut bersaing dalam pilihan raya 2024, menurut laporan akhbar Indonesia berbahasa Inggeris, Jakarta Post. Anak sulung presiden Indonesia itu, Encik Gibran Rakabuming Raka, yang kini memegang jawatan Wali Kota Surakarta, Jawa Tengah, berkata beliau bersedia untuk bersaing dalam pemilihan gabenor pada tahun depan. Pemuda berusia 35 tahun itu berkata, adik lelakinya, Encik Kaesang Pangarep, 28 tahun, juga akan turut serta dalam pemilihan ketua wilayah, dalam pilihan raya akan datang. "Saya sudah bocorkan. Saya bingung dan terkejut," kata Encik Gibran kepada wartawan di Jawa Tengah pada Rabu lalu, seperti yang dilaporkan oleh Detik.com. Beliau juga meminta wartawan supaya bertanya sendiri kepada adiknya itu sama ada akan ikut bertanding bagi kerusi wali kota Surakarta. "Anda tanyakan sendiri. Yang penting ialah, saya sudah merestuinya," kata Encik Gibran yang bercakap dalam bahasa Jawa. Presiden Widodo, yang lebih dikenali dengan panggilan Jokowi, memulakan kerjaya politiknya dengan memenangi kerusi Surakarta, kampung halamannya, pada 2005. Beliau kemudian maju dan menang kerusi gabenor Jakarta pada 2012, dan seterusnya memenangi pilihan raya presiden pada 2014. Anak lelaki beliau, Encik Gibran, memenangi kerusi wali kota Surakarta pada 2021. Encik Gibran berkata, adiknya, Encik Kaesang, yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman (F&B), telah memberitahu tentang cita-cita politiknya semasa makan malam bersama keluarga di kediaman peribadi Presiden Jokowi di Surakarta baru-baru ini. - Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg