Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kedegilan Trump boleh jejas usaha atasi pandemik

Nov 19, 2020 | 05:30 AM



WILMINGTON (Delaware): Penasihat kanan Presiden Dipilih, Encik Joe Biden, memberi amaran kelmarin bahawa tindakan Presiden Donald Trump melewatkan peralihan boleh menjejas tindak balas negara itu dalam menangani pandemik Covid-19.



Pasukan Encik Trump dan sekutunya berkeras mahu mencabar keputusan pilihan raya presiden 3 Nov lalu.



Keengganan Encik Trump untuk menerima kekalahan telah menyebabkan peralihan Encik Biden ke Rumah Putih kini tergantung, merumitkan lagi usahanya untuk menangani pandemik koronavirus yang telah mengorbankan lebih 247,000 orang di Amerika Syarikat dan tidak menunjukkan sebarang tanpa reda.



Dalam sidang media menerusi telefon, mantan Ahli Bedah Umum Amerika Syarikat, Dr Vivek Murthy, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak Covid-19 berkata, langkah menghadang penasihat pasukan peralihan Encik Biden daripada mengadakan pertemuan dengan pakar-pakar dari pemerintah akan menjejas keupayaan mereka dalam menangani pandemik itu tahun depan.



Beberapa doktor dan persatuan jururawat telah menerbitkan sepucuk surat kelmarin menggesa pentadbiran Trump mengongsi data penting Covid-19, seperti senarai peralatan, bekalan perubatan dan jumlah katil hospital, dengan pasukan Encik Biden.



Encik Biden, calon Parti Demokrat yang juga mantan naib presiden akan dilantik secara rasmi pada 20 Januari ini.



Namun sehingga kini beliau belum menerima taklimat rahsia risikan yang selalunya diberikan kepada presiden dipilih.



Beliau hanya ketemu pakar keselamatan nasional, termasuk beberapa yang kini dipertimbangkan untuk jawatan kanan dasar ehwal luar, seperti mantan timbalan setiausaha negara, Encik Anthony Blinken; mantan timbalan penasihat keselamatan, Cik Avril Haines; dan, mantan duta besar Amerika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Samantha Power.



"Anda tahu saya belum menerima taklimat yang selalunya telah diberikan sekarang," kata Encik Biden semasa taklimat ringkas yang diberikan kepada sekumpulan kecil wartawan.



"Jadi saya hanya ingin mendapat pandangan tentang apa yang anda lihat di hadapan," ujarnya.



Encik Trump, yang merupakan calon Parti Republikan, telah berkali-kali mendakwa - tanpa bukti - beliau adalah mangsa penipuan pilihan raya dan pasukannya telah mengemukakan pelbagai tuntutan di mahkamah di beberapa negeri yang ditandingi.



Pegawai pilihan raya dari kedua-dua parti berkata, mereka tidak nampak adanya pelanggaran peraturan yang serius.



Encik Trump kelmarin memecat pegawai tertinggi keselamatan siber, Encik Chris Krebs, yang mengetuai Jabatan Keselamatan Siber di kementerian ehwal dalam negeri Amerika, dengan menuduhnya - tanpa bukti - membuat kenyataan "sangat tidak tepat" yang mengesahkan keselamatan pilihan raya Amerika.



Agensi berita, Reuters, melaporkan minggu lalu bahawa Encik Krebs, yang tugasnya melindungi pilihan raya daripada digugat penggodam telah berdepan rasa tidak senang Rumah Putih atas usahanya menyangkal maklumat yang salah, telah memberitahu anak buahnya, yang beliau menjangka akan dipecat.



Encik Biden memenangi undi popular dengan lebih 5.6 juta undi, atau 3.6 peratusan mata, dengan beberapa undi masih dikira.



Dalam pengundian Undi Pemilih dari satu negeri ke satu negeri yang menentukan kemenangan, Encik Biden telah memperolehi 306 undi berbanding 232 yang diraih Encik Trump. - Reuters.




"Anda tahu saya belum menerima taklimat yang selalunya telah diberikan sekarang.



Jadi saya hanya ingin mendapat pandangan tentang apa yang anda lihat di hadapan."
- Encik Biden semasa taklimat ringkas yang diberikan kepada sekumpulan kecil wartawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >