Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah goyah susulan penyokong alih arah

May 12, 2020 | 02:45 PM



ALOR STAR: Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini goyah selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah mengumumkan keluar parti dan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Pusat.



Adun kawasan undi Lunas, Encik Azman Nasrudin dan Adun kawasan undi Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee, mengumumkan peletakan jawatan mereka pada sidang media bersama yang diadakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam, Sungai Petani, hari ini.



Berikutan itu, mereka turut menyokong kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Kedah dan menjadi Adun Bebas mesra kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini.



Ia kemudian diikuti sidang media PN pada 3 petang ini, yang dijangka disertai pimpinan PAS dan UMNO Kedah bagi mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu.



Ketika ini, PAS dan UMNO mempunyai 17 kerusi DUN Kedah dan tambahan dua kerusi PKR menjadikan jumlah dimiliki gabungan itu adalah 19 kerusi.



Jumlah 19 kerusi DUN Kedah itu sudah mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri baharu yang bakal menyaksikan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hilang majoriti.



Minggu lalu, PAS Kedah mengumumkan keyakinan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir.



Keyakinan itu bersandarkan semangat kerjasama Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang kini memiliki 17 kerusi DUN, selain kepincangan dan permasalahan yang berlaku dalam kalangan ADUN PH ketika ini. - Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >