Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kehabisan ubat: Sri Lanka hadapi banyak kematian

May 24, 2022 | 5:30 AM
BANTUAN: Pegawai Sri Lanka memeriksa kapal yang membawa bantuan kemanusiaan yang didermakan pemerintah India di pelabuhan Colombo, Sri Lanka. - Foto EPA-EFE
BANTUAN: Pegawai Sri Lanka memeriksa kapal yang membawa bantuan kemanusiaan yang didermakan pemerintah India di pelabuhan Colombo, Sri Lanka. - Foto EPA-EFE -

COLOMBO: Kekurangan bekalan ubat-ubatan yang disebabkan oleh krisis ekonomi di Sri Lanka boleh menyebabkan banyak kematian, sehingga pihak hospital terpaksa menangguhkan prosedur menyelamatkan nyawa pesakit kerana ketiadaan ubat yang diperlukan.

Sri Lanka mengimport lebih 80 peratus bekalan bahan-bahan perubatan tetapi dengan rizab mata wang asing semakin berkurangan akibat krisis, ubat-ubatan penting tidak dapat mengisi stok sedang sistem penjagaan kesihatan hampir runtuh.

Di hospital pakar barah, Apeksha yang mempunyai 950 katil di pinggir ibu kota komersial Colombo, para pesakit dan anggota keluarga mereka serta tenaga perubatan berasa semakin tidak berdaya menghadapi kekurangan yang memaksa penangguhan ujian dan penangguhan prosedur termasuk pembedahan kritikal.

"Ia sangat buruk untuk pesakit kanser. Kadang-kadang, pada waktu pagi kami merancang beberapa pembedahan (tetapi) kami mungkin tidak dapat melakukan pada hari tertentu ... kerana (bekalan) tidak ada," kata Dr Roshan Amaratunga.

Sekiranya keadaan tidak pulih dengan cepat, beberapa pesakit akan menghadapi 'hukuman mati' secara maya, katanya.

Sri Lanka sedang bergelut dengan krisis ekonomi yang paling teruk sejak kemerdekaan pada 1948, yang disebabkan oleh Covid-19 yang melanda ekonomi yang bergantung kepada pelancongan, kenaikan harga minyak, pemotongan cukai dan larangan import baja kimia, yang memusnahkan pertanian.

Seorang pegawai pemerintah yang bekerja di bahagian pembekalan perubatan, berkata kira-kira 180 barangan berkaitan perubatan kehabisan, termasuk suntikan untuk pesakit dialisis, ubat untuk pesakit yang telah jalani pemindahan dan ubat bagi rawatan penyakit barah tertentu.

Pegawai tersebut, Encik Saman Rathnayake, memberitahu agensi berita Reuters bahawa India, Jepun dan penderma dari beberapa negara lain sedang membantu menyediakan bekalan, tetapi ia boleh mengambil masa sehingga empat bulan untuk barangan tiba.

Sri Lanka telah memanggil penderma swasta, di dalam dan di luar negara, untuk mendapatkan bantuan.

Doktor menyatakan mereka lebih bimbang kerana mereka sedar betapa teruknya keadaan dan akibatnya kekurangan bekalan ubat.

Pihak berkuasa India telah menghantar 25 tan bekalan perubatan, bersama-sama dengan bantuan lain, kelmarin, kata pegawai Sri Lanka. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg