Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kehilangan kapal kargo M'sia masih jadi tanda tanya

Jan 22, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kehilangan sebuah kapal muatan, yang membawa tiga anak kapal warga Malaysia, sejak lebih tiga minggu lalu menimbulkan misteri.



Siasatan pihak berkuasa berhubung kehilangan kapal yang hilang dari radar pada 1 Januari lalu di perairan Indonesia, menunjukkan kemungkinan ia dirampas.



Kapal, MV Dai Cat 06, yang didaftarkan di Malaysia, telah berlepas dari Lumut pada 23 Disember 2022 dan sepatutnya tiba di Kuching pada 31 Disember.



Bagaimanapun kapal yang membawa muatan 527 paip logam bernilai RM726,205 ($726,205) itu telah dilaporkan hilang keesokannya, lapor akhbar New Straits Times (NST) semalam.



Menurut laporan itu, kapal berkenaan diketuai oleh Adi, 43 tahun, warga Indonesia, dan jurutera kanan, Damai Papane Ole, 57 tahun, juga dari Indonesia.



Tiga lagi anak kapal ialah ketua operasi kapal, Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24 tahun; Mohammad Sudeh Sudin, 20 tahun; dan, Derrent Littor, 22 tahun, semuanya rakyat Malaysia.



Sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai siasatan memberitahu NST bahawa pihak berkuasa sedang merakam kenyataan daripada pemilik kapal, ejen tempatan mereka, serta ahli keluarga.



Sumber itu berkata mereka sedang mengumpul maklumat sebanyak mungkin untuk mengetahui nasib kapal itu.



Ini termasuk bukti tiada serpihan atau tompokan minyak ditemui di sekitar kawasan di mana kapal itu kali terakhir dikesan, yang merupakan tanda biasa kapal telah karam.



Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) melakukan operasi mencari kapal selama tujuh hari mulai 8 Januari lalu.



"Ia dihentikan kerana ia tidak menemui sebarang petunjuk yang menunjukkan kapal dah tenggelam. Tiada serpihan, tiada tompokan minyak, tiada apa-apa.



"Ini walaupun agensi itu mengerahkan bukan sahaja aset marin tetapi juga udara," kata sumber itu sambil menambah pencarian mungkin disambung semula sekiranya bukti baru muncul.



Sumber itu berkata Basarnas, semasa pencarian, juga telah menghubungi kapal lain di sekitar kawasan pencarian, tetapi tidak ada yang melaporkan sebarang penampakan kapal yang hilang itu.



Difahamkan, kawasan pencarian adalah di sepanjang laluan yang dilalui kapal yang melalui Selat Singapura ke Kalimantan atau Sabah dan Sarawak.



Sumber itu berkata MV Dai Cat 06 menghantar beberapa isyarat kecemasan melalui sistem pancaran Radio Petunjuk Kedudukan Kecemasan (EPIRB).



EPIRB ialah peranti yang digunakan oleh pelaut untuk memaklumkan perkhidmatan mencari dan menyelamat sekiranya berlaku kecemasan di laut.



Isyarat dihantar di lokasi yang berbeza.



Setelah menerima isyarat pertama pada 5 Januari lalu, Basarnas segera mengerahkan kumpulan pencari ke lokasi terakhir yang diketahui, tetapi tidak menemui apa-apa.



Satu lagi isyarat datang beberapa jam kemudian. Bagaimanapun, ini menyebabkan penyiasat bingung kerana ia dianggap terlalu jauh dari lokasi pertama.



"Ini tidak masuk akal memandangkan kelajuan tertinggi kapal itu. Mereka tidak akan dapat pergi dari titik A ke B dalam tempoh itu," kata sumber berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >