Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Kejadian menembak di New Zealand: Urutan insiden masih belum jelas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kejadian menembak di New Zealand: Urutan insiden masih belum jelas

Mar 15, 2019 | 04:30 PM

 

 

Urutan insiden masih belum jelas dan kebanyakannya diperoleh daripada saksi yang bercakap kepada media New Zealand.

Laporan pertama berhubung serangan muncul dari Masjid Al Noor, yang terletak di Deans Avenue, bersetentangan Hagley Park, di Christchurch.

Saksi di kawasan itu melaporkan mereka melihat orang berlumuran darah di luar masjid.

Seorang saksi yang terselamat memberitahu TV New Zealand beliau melihat seorang penembak menembak seorang lelaki langsung di dadanya.

“Saya hanya menanti dan berdoa… dan berharap penembak itu kehabisan peluru,” kata beliau.

Seorang warga Palestin memberitahu agensi berita AFP bahawa beliau melihat seorang lelaki ditembak di kepala dan mendengar beberapa das tembakan.

“Saya mendengar tiga das tembakan yang dilepaskan dengan pantas… ia mesti senjata automatik… tiada sesiapa yang boleh menembak begitu pantas,” ujar beliau.

“Selepas itu, ramai orang berlari keluar… sebahagiannya berlumuran darah,” kata beliau lagi.

Satu lagi masjid, di kawasan pinggir kota Lingwood telah dikosongkan, dengan pesuruhjaya polis berkata ada kematian berlaku di kededua masjid.

Namun butiran keadaan di masjid kedua itu tidak banyak yang diketahui.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3