Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kekayaan 10 lelaki di dunia berlipat ganda di era pandemik

Kekayaan lonjak daripada AS$700 bilion ke AS$1.5 trilion, purata AS$1.3 bilion sehari
Jan 18, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Seramai 10 lelaki terkaya di dunia telah menggandakan kekayaan mereka selama dua tahun pertama pandemik Covid-19 ketika kemiskinan dan ketidaksamaan penduduk dunia meningkat.



Menerusi taklimat yang diterbitkan sebelum sidang kemuncak mini pemimpin dunia secara maya sempena Forum Ekonomi Dunia, Oxfam berkata, kekayaan individu berkenaan melonjak daripada AS$700 bilion ($945 billion) kepada AS$1.5 trilion pada kadar purata AS$1.3 bilion sehari.



Oxfam, konfederasi badan amal yang memberi tumpuan bagi mengurangkan kemiskinan global berkata kekayaan bilionair meningkat lebih banyak ketika pandemik berbanding 14 tahun sebelumnya, ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan terburuk sejak Wall Street Crash pada 1929.



Ia menyifatkan ketidaksamaan itu sebagai 'keganasan ekonomi', selain menyumbang kepada kematian 21,000 orang setiap hari berikutan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, keganasan berasaskan jantina, kebuluran dan perubahan iklim.



Badan amal itu berkata, pandemik menyebabkan 160 juta orang menjadi miskin dengan etnik minoriti bukan kulit putih dan wanita menanggung kesan susulan lonjakan ketidaksamaan.



Laporan itu susulan kajian kumpulan berkenaan pada Disember lalu yang mendapati saham kekayaan global individu terkaya dunia melonjak pada kadar rekod ketika pandemik.



Sehubungan itu Oxfam menggesa pembaharuan cukai dilaksanakan untuk membiayai pengeluaran vaksin di seluruh dunia serta penjagaan kesihatan, penyesuaian iklim dan pengurangan keganasan berasaskan jantina bagi membantu menyelamatkan nyawa.



Katanya, ia berdasarkan pengiraan kekayaan pada sumber data paling terkini dan komprehensif yang tersedia serta menggunakan Senarai Bilionair 2021 disusun majalah perniagaan AS, Forbes. - AFP



FORBES SENARAIKAN 10 LELAKI TERKAYA DI DUNIA: 



1) Ketua Tesla dan SpaceX, Elon Musk;



2) Pengasas Amazon, Encik Jeff Bezos;



3) Pengasas Bersama Google, Encik Larry Page dan



4) Encik Sergey Brin;



5) Pengasas Facebook, Encik Mark Zuckerberg;



6) Mantan CEO Microsoft pertama, Encik Bill Gates;



7) Mantan CEO Microsoft kedua, Encik Steve Ballmer;



8) Bekas CEO Oracle, Encik Larry Ellison;



9) Pelabur AS, Encik Warren Bufet serta



10) Ketua Kumpulan LVMH, Encik Bernard Arnault.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >