Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kekurangan makanan ancam kesihatan serupa Covid: Pakar kesihatan

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Kekurangan bekalan makanan yang semakin meningkat mungkin serupa ancaman kesihatan yang dihadapi dunia sebagaimana pandemik Covid-19, demikian amaran yang disuarakan seorang pemimpin kesihatan sedunia.



Harga makanan dan sumber tenaga yang meningkat, yang sebahagiannya dicetuskan oleh perang di Ukraine, boleh meragut nyawa berjuta-juta orang baik secara langsung mahupun tidak, kata Encik Peter Sands, Pengarah Eksekutif Dana Sedunia Untuk Memerangi Aids, Batuk Kering dan Malaria, kepada agensi berita Reuters dalam satu wawancara kelmarin.



"Kekurangan makanan menjejas dengan dua cara. Satu, anda berdepan tragedi orang kebuluran hingga membawa maut.



"Kedua, anda berdepan dengan sejumlah besar orang yang sangat kurang berkhasiat, menjadikan mereka lebih rentan kepada penyakit sedia ada," katanya.



Menurut beliau lagi, usaha untuk mempertingkat kesiapsiagaan tidak harus menjadikan seseorang melakukan kesilapan lumrah yang mana mereka hanya prihatin terhadap krisis yang menggambarkan ancaman terkini yang dihadapi dunia.



"Ia bukanlah seperti jenama sesebuah patogen baru yang muncul dengan gejala-gejala baru yang jelas. Tetapi ia boleh sahaja membawa maut," katanya lagi.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 15 juta orang mungkin terkorban disebabkan Covid-19.



Encik Sands berkata, pelaburan diperlukan bagi memperkukuh sistem kesihatan untuk membantu mempersiap daya kesiapsiagaan bagi menghadapi kekurangan makanan, yang merupakan sebahagian daripada daya usaha Dana Global.



Sebuah dana berpangkalan di Switzerland, The Geneva, menyasarkan $18 bilion ($27.74 bilion) bagi mempertingkat sistem kesihatan, melawan tiga penyakit utama yang dipastikan dan merubah keadaan sukar yang disebabkan oleh pandemik. Sejauh ini ia telah mengumpul lebih daripada sasaran untuk tempoh 2024 hingga 2026.



Bulan lalu, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan puluhan negara lain berikrar untuk mengukuhkan keselamatan makanan global dalam satu kenyataan bersama kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).



Ikrar itu dibuat susulan amaran mengenai kesan global terhadap keselamatan makanan antarabangsa akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Menurut kumpulan berkenaan, mereka akan menumpukan untuk melaksanakan langkah terbaik bagi mengekalkan pasaran dan perdagangan pertanian yang terbuka serta boleh diramal.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga memberi amaran bahawa perang dan sekatan ekonomi ke atas Moscow mengganggu bekalan makanan global, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku krisis kebuluran serius lagi meluas.



Ketua Program Makanan Sedunia (WFP), Encik David Beasley, sudah berulang kali memberi amaran bahawa perang di Ukraine boleh membawa krisis kebuluran global ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini.



Russia dan Ukraine adalah penyumbang terbesar bijirin untuk bekalan global termasuk roti, gandum, minyak sayuran dan jagung selain menjadi pembekal baja utama.



Kededua negara itu menyumbang 30 peratus daripada perdagangan gandum global.



Perang menyebabkan harga komoditi melonjak dengan harga minyak bunga matahari dan minyak biji sawi meningkat 40 peratus di Eropah dalam tempoh dua bulan.



Pergolakan pasaran dunia semakin meruncing apabila sesetengah negara mempertimbangkan untuk mengurangkan eksport dalam memastikan bekalan domestik mencukupi. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >