Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Kelonggaran sekatan dijangka jelang Raya

Apr 27, 2022 | 05:30 AM



KAJANG: Pelonggaran lanjut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 akan diumumkan hari ini, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin kelmarin.



Ini menjelangnya perayaan Hari Raya Aidilfitri, dengan cuti panjang bermula hujung minggu ini akan menyaksikan rakyat Malaysia semua kaum dan agama mengambil peluang bercuti ke destinasi kegemaran mereka,



Pelonggaran perjalanan rentas sempadan juga dijangka melihat rakyat Singapura menyertai cuti perayaan itu.



Dalam satu acara pelancaran anti-rokok di SMK Bandar Seri Putra di Kajang kelmarin, Encik Khairy berkata Kementerian Kesihatan telah membincangkan pelonggaran lanjut SOP Covid-19 secara menyeluruh dan akan membentangkannya di Kabinet hari ini.



"Kami akan membuat pengumuman jika ia diluluskan," kata beliau.



Encik Khairy berkata kementerian itu mengambil sikap berhati-hati dalam hal itu demi memastikan keselamatan sebelum sebarang keputusan dibuat.



"Kami tidak mahu mengambil langkah yang salah kerana kami telah menguruskan pandemik ini dengan baik. Jumlah jangkitan semakin merosot dan tekanan terhadap hospital telah berkurangan.



"Oleh itu, kami tidak mahu membuat kesilapan dalam apa jua pelonggaran SOP untuk memastikan ia dilakukan dengan selamat dan berhati-hati," tambah beliau.



Kerajaan Malaysia telah melonggarkan SOP Covid-19 secara bertahap menyusuli peralihan ke fasa endemik mulai 1 April lalu.



Dalam pada itu, Encik Khairy berkata seramai 1,939 individu telah menerima suntikan penggalak kedua mereka.



"Mereka yang mengambil dos keempat kebanyakannya individu yang walk-in di pusat vaksin dan termasuk warga emas dengan komorbiditi," tambah beliau.



Sementara itu, presiden Persatuan Hotel Malaysia, Datuk N. Subramaniam, berkata akan terdapat campuran orang yang akan balik kampung semasa musim perayaan Hari Raya ini dengan mereka yang memilih untuk tinggal bersama saudara mara dan orang lain di hotel.



Beliau berkata secara umumnya, peningkatan dalam tempahan hotel semasa musim cuti dijangka, terutamanya bagi cuti hujung minggu Hari Pekerja dan Hari Raya ini.



"Sebelum 1 April lalu, kadar penginapan purata di hotel adalah antara 30 peratus dengan 40 peratus, turun naik antara waktu sibuk hujung minggu dan hari cuti dengan hari bekerja biasa, dan dengan destinasi domestik yang popular melihat kadar penginapan lebih baik daripada yang lain.



"Walaupun pembukaan semula sempadan masih belum melihat jumlah pelancong antarabangsa yang ramai, kadar penginapan purata semasa cuti Hari Pekerja dan Hari Raya dijangka antara 40 peratus dengan 45 peratus," kata Datuk N. Subramaniam kepada akhbar The Star.



Ditanya sama ada Singapura akan ikut serta dalam musim perayaan ini, beliau berkata dengan pelonggaran SOP, ramai rakyat Singapura akan mengambil peluang untuk bercuti.



Beliau menambah bahawa kadar penginapan hotel di pusat bandar Kuala Lumpur juga menyaksikan peningkatan, dengan sejumlah besar tempahan datang dari Singapura.



Beliau berkata hotel di pantai timur dan Melaka juga dijangka menikmati kadar penginapan lebih tinggi semasa musim Hari Raya dengan anggaran 60 peratus hingga 70 peratus.



"Destinasi popular seperti Langkawi dan resort pantai dan tanah tinggi lain juga akan menyaksikan peningkatan yang besar," kata beliau.



Presiden Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang, juga bersetuju ramai orang akan bercuti semasa musim cuti akan datang ini.



Beliau berkata industri pelancongan menyaksikan rangsangan hebat dengan pengumuman pembukaan semula sempadan pada 1 April lalu dan peralihan ke fasa endemik.



"Berdasarkan laporan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, jumlah jualan kasar tiket secara keseluruhan meningkat hampir seganda pada Februari dan Mac.



"Dengan penghapusan kebanyakan sekatan antara sempadan darat Malaysia dengan Singapura, lebih ramai pelancong yang datang melalui darat dijangka dalam beberapa bulan mendatang," tambah beliau. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >