LONDON: Keluarga diraja Britain mendedahkan dua gambar rasmi pertama Putera Louis yang merupakan anak ketiga Duke dan Duchess Cambridge, Putera William dan Catherine (Kate) Middleton, hari ini (6 Mei).
Salah satu daripada gambar itu menunjukkan Putera Louis dipangku kakaknya, Puteri Charlotte, tiga tahun.
Putera Louis dilahirkan pada 23 April lalu dengan berat 3.83 kilogram.
Kedua-dua gambar itu telah diambil oleh ibunya, Cik Kate, di Kensington Palace.
Menurut Kensington Palace, gambar pertama yang menunjukkan Putera Louis sedang baring atas kusyen putih dengan pakaian serba putih telah diambil pada 26 April, tiga hari selepas dia dilahirkan.
Gambar kedua pula yang menunjukkan Puteri Charlotte memangku adiknya yang sedang tidur sambil mengucup dahinya diambil pada hari lahir puteri itu yang ketiga, iaitu pada 2 Mei. - Reuters
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg