Keluarga mangsa desak pembunuhan dianggap jenayah kebencian
Premium
Keluarga mangsa desak pembunuhan dianggap jenayah kebencian
Feb 14, 2015 | 5:30 AM
BERI SOKONGAN: Cik Kheira Benkreira (kiri) dan Cik Hasnia Bekkadja memberi sokongan sewaktu perhimpunan di Washington semalam sebagai memperingati tiga pelajar Muslim yang ditembak mati oleh jiran mereka. - Foto AFP -
RALEIGH (Amerika Syarikat): Tiga pelajar Islam yang ditembak mati oleh jiran mereka yang berkulit putih disemadikan dalam acara penuh emosi semalam sedang keluarga mereka mendesak supaya pembunuhan itu dianggap sebagai satu jenayah kebencian.
Lebih 5,000 orang berkumpul bagi pengebumian Encik Deah Shaddy Barakat, 23 tahun; isterinya, Cik Yusor Mohammad Abu-Salha, 21 tahun; serta adik iparnya, Cik Razan Mohammad Abu-Salha, 19 tahun.

