Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Keluarga mencari budak perempuan British yang hilang di M'sia

Aug 05, 2019 | 02:44 PM

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berkeperluan khas dari United Kingdom telah hilang semasa bercuti di Malaysia.

BBC melaporkan bahawa Nora Quoirin telah tiba dari London dengan keluarganya kelmarin (3 Ogos) untuk lawatan selama dua minggu. Mereka menetap di sebuah resort hutan hujan tropika di Seremban, kira-kira 65 kilometer daripada ibu negeri Kuala Lumpur.

Seorang lelaki, yang dikatakan pakcik kepada mangsa itu, telah memuatnaikkan pos di Facebook untuk mendapatkan bantuan mencari Quoirin. “Kawan-kawan yang mempunyai kenalan di Malaysia tolong berhubung dengan saya jika anda, dalam apa cara pun, boleh membantu mencari anak saudara saya (Nora Quoirin) yang telah hilang di Seremban, yang jauhnya sejam lebih dari KL.

“Dia berusia 15 tahun yang berkeperluan khas dan tidak dapat dijumpai sejak semua orang masuk tidur malam semalam,” kata Dominic Graham dalam posnya di Facebook semalam (4 Ogos). - THE STAR/ ASIA NEWS NETWORK

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map