AS keluarkan 'amaran import' ke atas udang halus, udang dari Malaysia, dakwa mengandungi antibiotik terlarang, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

AS keluarkan 'amaran import' ke atas udang halus, udang dari Malaysia, dakwa mengandungi antibiotik terlarang

Apr 22, 2016 | 11:27 AM

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula menyiasat dakwaan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat bahawa udang halus dan udang dari Malaysia yang dieksport ke Amerika mengandungi sisa antibiotik nitrofurans dan chloramphenicol yang diharamkan, kata ketua pengarah kementerian itu, Datuk Noor Hisham Abdullah.

"Kami sedang menyiasat," katanya, sambil menambah beliau tidak mahu membuat spekulasi mengenai butirannya.

"Agensi itu telah meminta kerajaan Malaysia menyiasat punca masalah sisa tersebut dan membangunkan satu program tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi mencegah eksport udang tercemar dari Malaysia ke Amerika," kata FDA dalam satu kenyataan yang meletak syarikat memproses atau menghantar udang halus dan udang dari Semenanjung Malaysia di bawah "amaran import" - bererti penghantaran mereka boleh ditahan di pelabuhan masuk tanpa pemeriksaan fizikal.

Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada amaran import itu, katanya.

Notis tersebut berkata dari 1 Oktober 2014 hingga 30 September 2015, FDA Amerika menguji 138 sampel udang halus dan udang dari Semenanjung Malaysia. Sebanyak 45 sampel, iaitu 32 peratus, mengandungi sisa kedua-dua bahan, katanya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Malaysia akan meminta FDA itu memberi butiran mengenai tindakannya, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, sambil menambah bahawa eksport udang beku dari Malaysia ke Amerika diatur sebagai "urusan persendirian".

Beliau berkata proses itu tidak melibatkan kelulusan atau pemantauan pihak berkuasa, termasuk kementeriannya atau Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa.

Berikutan kejadian itu, Datuk Seri Ahmad Shabery berkata kerajaan telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk mengawal eksport udang ke Amerika, termasuk mengetatkan keadaan di kilang pemprosesan, yang mesti diluluskan oleh kementeriannya.

Nitrofurans dan chloramphenicol diharamkan di kedua-dua negara, Malaysia dan Amerika. Ia antibiotik yang membantu mencegah penyakit pada udang dan udang halus tetapi berbahaya untuk kegunaan manusia.

Malaysia antara 10 pengeksport utama udang halus dan udang ke Amerika. - The Star/Asia News Network

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map