Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kem Muhyiddin sedia ketepikan Mahathir, Mukhriz

May 12, 2020 | 11:30 AM



KEDUDUKAN Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mereka tubuhkan bakal berakhir, kerana penyokong Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah hilang sabar dengan kedua-dua mereka yang terus berpegang kepada Pakatan Harapan (PH) yang digulingkan.



Bukan sahaja parti itu akan mengesahkan bahawa kedua-dua pemimpin itu bukan lagi anggota, tetapi rancangan untuk menggulingkan Datuk Seri Mukhriz sebagai ketua menteri Kedah dan memasang kerajaan negeri yang sejajar dengan perjanjian Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin juga hampir selesai.



Walaupun pertemuan Bersatu, yang dijadualkan semalam untuk mengesahkan bahawa bekas perdana menteri dan Datuk Seri Mukhriz telah melanggar Perlembagaan parti telah ditunda, The Straits Times memahami bahawa berakhirnya keahlian mereka kerana bekerjasama dengan PH yang digulingkan adalah suatu peristiwa yang benar.



Ini berlaku setelah Tun Dr Mahathir menandatangani dua kenyataan bersama dengan pemimpin PH dalam seminggu yang lalu dan mengemukakan undi tidak percaya parlimen terhadap Muhyiddin, sementara Datuk Seri Mukhriz terus memimpin pentadbiran PH di Kedah walaupun Bersatu menyatakan telah meninggalkan bekas pemerintah gabungan itu.



Tun Dr Mahathir mempertikaikan kesahihan keputusan Bersatu untuk meninggalkan PH pada bulan Februari lalu, tetapi kebanyakan ahli parlimen parti itu kini menjadi sebahagian daripada pemerintahan PN - terdiri daripada bekas anggota PH dan bekas parti pembangkang seperti Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) - dan dilantik pada 1 Mac lalu.



"Tidak ada yang perlu dipecat. Perlembagaan kami mengatakan keahlian akan berakhir secara automatik apabila bergabung dengan pihak lain," kata seorang pegawai tertinggi Bersatu kepada ST. Ini bererti jawatan ketua parti yang sebelumnya dipegang oleh Dr Mahathir kosong, menyebabkan Datuk Seri Mukhriz tidak dapat meneruskan usaha untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden dalam pemilihan parti yang ditangguhkan sehingga ditentukan tarikhnya kelak.



Sumber parti, bagaimanapun, memberitahu ST bahawa Tan Sri Muhyiddin masih enggan mengambil tindakan menghukum negarawan itu, dengan menegaskan "kami tidak mahu merosakkan warisan Mahathir" sebagai perdana menteri dan ketua pertama Bersatu. Pada 2018, Tun Dr Mahathir memimpin Bersatu untuk menang dalam pemilihan yang mengakhiri pemerintahan enam dekad yang tidak terputus oleh Umno sejak kemerdekaan.



ST difahamkan, Bersatu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan bahawa Tun Dr Mahathir tidak lagi memegang jawatan yang ditinggalkannya di tengah-tengah krisis politik pada akhir Februari yang membawa kepada perubahan kuasa pentadbiran di Malaysia. Walaupun parti itu pada awalnya menolak pengunduran diri dan tokoh berusia 94 tahun itu mengatakan akan kembali ke jawatan tersebut, tidak ada peruntukan dalam peraturan parti untuk membatalkan pengunduran itu.



Di bawah struktur parti Bersatu, kekuasaan dikongsi antara ketua dan presiden, suatu pengaturan yang membolehkan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin membentuk parti itu pada 2016 ketika mereka keluar dari Umno sebagai protes terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menimpa Perdana Menteri Najib Razak ketika itu.



Sumber PN juga mendedahkan bahawa cengkaman Tun Dr Mahathir terhadap negeri asal mereka di Kedah akan dilonggarkan setelah pemimpin PAS, Umno dan Bersatu bertemu pada hari Ahad dan sekarang menunggu menghadap Sultan untuk menunjukkan bahawa Datuk Seri Mukhriz tidak lagi memerintah dengan sokongan majoriti di dewan negeri yang mempunyai 36 orang itu.



PAS akan merebut kembali jawatan ketua menteri yang terakhir disandangnya pada 2013, kerana ia merupakan blok terbesar dengan 15 ahli dewan undangan negeri (Adun), sedang Umno mempunyai dua Adun dan dua dari Bersatu, membolehkan gabungan tiga parti itu memperoleh sokongan majoriti.



Tidak berapa jelas berapa banyak dari enam wakil rakyat Bersatu yang tetap setia kepada Datuk Seri Mukhriz, tetapi ST difahamkan beberapa daripada tujuh Adun Parti Keadilan Rakyat adalah penyokong bekas timbalan presiden mereka, Datuk Seri Azmin Ali, yang berpaling tadah kepada PN bersama sembilan anggota Parlimen lain dan kini menjadi orang kanan PM Muhyiddin sebagai menteri kanan yang bertanggungjawab dalam bidang ekonomi.



Seorang pegawai Bersatu yang terlibat dalam perundingan di Kedah memberitahu ST, "PAS terbuka untuk mempertahankan Mukhriz" sebagai ketua menteri tetapi dia enggan bergabung dengan PN, menyebabkan parti itu harus menyerahkan jawatan tersebut di negeri lain. Kini ia hanya memegang jawatan ketua menteri Perak, setelah menyerahkan Johor kepada Umno setelah membentuk PN. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >