Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kematian Covid-19 capai lebih 600,000 di Brazil

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



RIO DE JANEIRO: Angka kematian akibat Covid-19 di Brazil telah melepasi 600,000 orang, dengan lebih 21.5 juta jangkitan direkodkan, kata Kementerian Kesihatan negara itu.



Kelmarin, 615 kematian Covid-19 direkodkan, dengan lebih 18,000 kes baru.



Pakar pulmonologi dan penyelidik di Institut Penyelidikan Fiocrus, Cik Margareth Dalcomo, berkata situasi pandemik tersebut di Brazil semakin reda tetapi negara itu masih perlu berwaspada.



"Pandemik ini boleh diisytiharkan berjaya dikawal jika lebih 80 peratus populasi negara ini diberikan vaksinasi Covid-19," katanya.



Amerika Syarikat sebelum ini merekodkan lebih 700,000 kematian Covid-19, walaupun populasi negara itu lebih 35 peratus lebih ramai daripada Brazil, yang memiliki 213 juta populasi.



Setakat ini, 71.4 peratus penduduk Brazil telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, tetapi hanya 45.9 peratus sudah menerima suntikan lengkap dua dos.



Program vaksinasi di Brazil bermula lewat Januari lalu, beberapa minggu selepas program sama dilaksana di Argentina dan Amerika.



Kadar jangkitan di Brazil menunjukkan penurunan ketara, dengan kadar kematian sejak program imunisasi dilaksana berkurangan ke bawah 1,000 sehari pada akhir Julai kepada sekitar 500 sehari bulan lalu.



Namun, penyelidik di Fakulti Perubatan Universiti Sao Paulo, Encik Domingos Alves, berpendapat pandemik Covid-19 di Brazil masih berbahaya.



Sementara itu, kematian Covid-19 di Amerika Selatan dilaporkan mencecah 1.5 juta orang, dengan 45 juta jangkitan direkodkan hingga kelmarin.



Selepas Brazil, Mexico, Peru, Colombia dan Argentina merekodkan kes dan kematian Covid-19 tertinggi di Amerika Selatan.



Sementara itu, kes kemurungan dan kegelisahan dilaporkan meningkat dalam kalangan penduduk dunia pada tahun pertama pandemik Covid-19 menular, terutama dalam kaum wanita dan orang dewasa muda.



Satu kajian yang diterbitkan jurnal perubatan The Lancet melaporkan 52 juta penduduk dunia menderita kemurungan dan 76 juta mengalami kegelisahan pada 2020 akibat pandemik itu.



Data kajian menunjukkan kedua-dua kes itu masing-masing meningkat kepada 28 dan 26 peratus sepanjang tempoh pandemik menular. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >