Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kematian global Covid-19 cecah 4 juta

Jul 08, 2021 | 06:11 PM



LONDON: Angka kematian sejagat daripada jangkitan Covid-19 sudah mencecah empat juta sedang ketaksamaan dalam akses vaksin kian bertambah membiarkan negara miskin terdedah pada penularan varian virus lebih berbahaya.



Sedang pentadbiran vaksin dipercepatkan bagi membolehkan kehidupan kembali seperti biasa di negara seperti Britain dan Amerika Syarikat, hanya 82 hari sahaja diperlukan bagi dunia dikejutkan dengan tambahan sejuta kematian penduduk dunia kerana Covid-19.



Ini berbanding 92 hari yang diambil bagi tambahan sejuta kematian sebelum ini, jelas data dari Universiti John Hopkins.



Jumlah sebenar mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan kerana kiraan yang tidak konsisten merata dunia.



Dunia yang kian membangun kini memikul beban kematian yang semakin meningkat.



India sahaja menyumbang 26 peratus daripada tambahan yang melonjak dari tiga juta kepada empat juta kematian manakala Brazil pula sekitar 18 peratus.



Sebagai perbandingan, Amerika dengan lebih 332 juta suntikan vaksin ditadbir hanya menyumbang 4 peratus daripada peningkatan kes kematian berkenaan. United Kingdom pula mempunyai tambahan 1,000 kes kematian, jelas data itu.



"Keadilan dari segi edaran vaksin adalah ujian moral masa kini," jelas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, dalam satu kenyataannya mengulas keadaan yang suram ini.



Beliau menambah:



"Ia juga satu keperluan yang praktikal. Hingga setiap orang menjalani vaksinasi, setiap orang di bawah ancaman. Kehilangan tragik empat juta orang pada pandemik ini harus memacu usaha menamatkan kesengsaraan ini buat setiap orang di mana-mana," katanya lagi.



Penularan varian Delta yang lebih mudah menjangkiti juga menyebabkan penularan wabak di negara kaya di mana kadar vaksinasinya masih perlahan.



Sydney, kota terbesar Australia, melanjutkan perintah berkurungnya bagi sekurang-kurangnya seminggu untuk membasmi penularan wabak dengan angka jangkitan baru di kota ini mencecah sekitar 400 kes.



Taiwan, yang telah banyak mengekang penularan virus ini sepanjang 2020 kini kehilangan lebih 700 orang selepas peningkatan kes awal tahun ini. - Agensi Berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >