Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kematian pertama Covid-19 di Arab Saudi

Mar 25, 2020 | 9:05 AM
Jalan raya di Jeddah sunyi sepi selepas Arab Saudi melaksanakan tempoh perintah berkurung bermula semalam (24 Mac).
Jalan raya di Jeddah sunyi sepi selepas Arab Saudi melaksanakan tempoh perintah berkurung bermula semalam (24 Mac). - EPA

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan kematian pertama Covid-19 yang melibatkan seorang warga Afghanistan yang telah bermastautin di Arab Saudi.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi turut mengesahkan kes itu berlaku di barat Madinah.

Negara itu mempunyai 767 kes positif COVID-19.

Dari jumlah itu, sebanyak 205 kes dicatatkan dalam sehari di negara itu, sekali gus menjadikan Arab Saudi dalam kedudukan kes paling tinggi dalam kalangan negara Teluk Arab itu.

Sehubungan itu, kerajaan Arab Saudi mula melaksanakan tempoh perintah berkurung seluruh negara bermula semalam sebagai langkah membendung penularan COVID-19. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg