Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemboja minta sidang puncak Asean, AS ditangguhkan

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Encik Hun Sen telah mengajukan agar sidang puncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Asean ditangguhkan .



Menurut Encik Hun Sen, AS telah mengumumkan bahawa sidang puncak itu dijadualkan pada 28 dan 29 Mac ini, tetapi Indonesia, selaku mediator belum lagi menyelaraskan tarikh tersebut dengan negara-negara anggota Asean yang lain.



Berucap di perasmian Hospital Cambodia-China Friendship di wilayah Tbong Khmum kelmarin, Encik Hun Sen menarik perhatian bahawa beberapa pemimpin Asean mahukan sidang itu diadakan pada 26 dan 27 Mac tetapi AS berkata tanggal tersebut tidak sesuai dengan pegawai-pegawai mereka.



Lagi pula sekurang-kurangnya pemimpin tiga buah negara anggota Asean mengatakan mereka tidak dapat hadir sekiranya sidang itu diadakan pada tanggal tersebut.



"Saya meminta supaya ia ditangguhkan kerana belum ada persetujuan tentang jadualnya. Oleh itu sidang puncak Asean-AS ini bolehlah ditangguhkan," kata beliau tetapi tidak pula menyebutkan bila ia boleh diadakan.



Encik Hun Sen berharap Asean dan AS akan dapat menetapkan satu tarikh yang sesuai. Sebagai pengerusi Asean, beliau bersedia pada bila-bila masa saja dalam bulan Mac ini.



Beliau juga berkata oleh kerana pemimpin empat buah negara Asean akan melakukan lawatan ke Timur Tengah, sidang puncak Asean-China juga perlu ditangguhkan.



Tambahnya lagi, beliau tidak dapat meninggalkan Kemboja pada pertengahan Mei hingga Jun kerana akan menghadapi pilihanraya negerinya pada 5 Jun dan lagi beliau sibuk membuat persiapan menghadapinya - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >