Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemelut ekonomi Sri Lanka lonjak harga kereta terpakai

Kekurangan kenderaan dorong harga lebih tinggi daripada harga rumah di kawasan yang baik
Feb 03, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO (Sri Lanka): Sedang rak-rak pasar raya di ibu kota Sri Lanka, Colombo kosong, gara-garakemelut ekonomi negara itu, pengedar kereta terpakai - yang kekurangan kenderaan - menikmati kenaikan hargalebih tinggi daripada harga rumah di kawasan baik.



Negara pulau dengan 22 juta penduduk itu berada di ambang muflis, kadar inflasi tinggi dengan pemerintah menghalang pelbagai import "tidak penting" untuk menjimatkan dolar yang diperlukan bagi membeli makanan, ubat dan bahan tenaga.



Dalam pasaran kereta, larangan selama dua tahun yang menghalang kemasukan kereta baru, telah memaksa pembeli membayar antara harga tertinggi di dunia bagi kereta terpakai.



Encik Anthony Fernando menghabiskan hujung minggu di tempat jualan di pinggir Colombo bagi pihak anak perempuannya, yang telah cuba mencari kereta yang mampu dibeli selama hampir setahun.



"Dia fikir harga (kereta) akan turun," kata lelaki berusia 63 tahun itu kepada AFP, tetapi kini anaknya terpaksa "membayar kerana menangguhkan pembeliannya".



Harga telah menjadi "di luar jangkauan orang biasa", katanya.



Kereta Toyota Land Cruiser berusia lima tahun dijual dalam talian dengan harga 62.5 juta rupee! ($419,457) - tiga kali ganda kadar harga sebelum larangan tersebut dikuat kuasa, dan cukup untuk membeli rumah di kejiranan kelas pertengahan Colombo atau pangsapuri mewah baru di pusat bandar.



Kereta Fiat berusia 10 tahun dengan enjin sudah usang yang mungkin sudah tidak digunakan lagi di negara lain disenaraikan pada harga 1.6 juta rupee - lebih dua kali ganda purata pendapatan tahunan penduduk Sri Lanka.



"Kereta dan rumah adalah simbol kejayaan," kata Encik Sarath Yapa Bandara, pemilik salah satu pengedar kereta terbesar di Colombo.



"Itulah sebabnya kebanyakan orang sanggup membeli walaupun pada harga tinggi ini."



'LUAR DARI DUNIA'



Pemilikan kereta kekal sebagai satu impian ramai walaupun dengan jalan raya di Colombo selalu sesak, di samping bas dan kereta api pula sering rosak dan bergelut dengan kesesakan.



Bilangan teksi juga jatuh dengan mendadak, dengan pemandu menjual teksi mereka untuk mendapatkan wang tunai pada harga amat tinggi, dan mereka yang masih memandu mengenakan bayaran dua kali ganda atau lebih tambang lama.



"Anda mesti mempunyai kereta anda sendiri," kata Encik Udaya Hegoda Arachchi, pembeli yang bersedia membayar pada harga tinggi.



"Kami tidak boleh jangkakan harga akan turun dalam masa terdekat, memandangkan keadaan ekonomi di negara ini," katanya kepada AFP.



Covid-19 telah menyebabkan Sri Lanka mengalami masalah besar, mengurangkan semua pendapatan daripada pelancongan dan kiriman wang asing.



Pada Mac 2020, pemerintah melaksanakan larangan import yang meluas - termasuk kereta baru - untuk menghalang mata wang asing daripada meninggalkan negara itu.



Namun, dasar itu tidak dapat menahan aliran keluar mata wang, dan sebaliknya menyebabkan negara itu bergelut mendapatkan barangan penting.



Penjual makanan terpaksa mencatu beras, restoran ditutup kerana mereka tidak dapat mencari gas memasak, dan syarikat pembekal kuasa yang kekurangan wang untuk membeli minyak telah terpaksa mencatu bekalan elektrik.



Petani pula sudah kehabisan baja.



KESAN LARANGAN IMPORT



Larangan import Sri Lanka juga menyebabkan alat ganti kereta kekurangan bekalan, bermakna pemandu berisiko terkandas jika mengalami kerosakan.



Encik Ravi Ekanayake memberitahu AFP bahawa bengkel membaiki keretanya di Colombo sedang menikmati perniagaan baik daripada pemilik yang tidak mampu membeli kereta baru yang terlalu mahal.



"Tetapi bahagian alat ganti terhad. Namun, saya dalam dilema. Anda sama ada terperangkap dengan kereta lama tanpa alat ganti ataupun anda tidak mempunyai wang untuk membeli kereta baru," katanya.



Penganalisis kewangan, Encik Murtaza Jafferjee, berkata harga tinggi kereta baru dan terpakai meningkatkan kos pengangkutan dan menambah inflasi, yang mencecah rekod 14 peratus pada Disember lalu.



"Apabila kenderaan menjadi tidak mampu dimiliki sebahagian masyarakat, kegiatan mereka akan menjadi terhad. Kemudian kita juga akan melihat kehilangan pengeluaran ekonomi," kata Ketua Pegawai Eksekutif JB Securities itu.



"(Ekonomi) Kami hampir runtuh dan tidak ramai yang mengetahui masalah mendalam kami." - AFP.




"Apabila kenderaan menjadi tidak mampu dimiliki sebahagian masyarakat, kegiatan mereka akan menjadi terhad. Kemudian kita juga akan melihat kehilangan pengeluaran ekonomi. (Ekonomi) Kami hampir runtuh dan tidak ramai yang mengetahui masalah mendalam kami."
- Ketua Pegawai Eksekutif JB Securities, Encik Murtaza Jafferjee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >