Premium
Kemenangan BN di N. Sembilan rintangan besar bagi Anwar
Gabungan Pakatan Harapan alami kekalahan dalam tiga pilihan raya kecil berturut-turut tahun ini
Apr 16, 2019 | 5:30 AM
RAI KEJAYAAN: Datuk Mohamad Hasan (tiga dari kiri) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi penggal keempat berturut-turut selepas menewaskan tiga calon lain dalam pilihan raya kecil kawasan undi di Negeri Sembilan. Beliau meraikan kemenangan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga dari kanan) dan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (dua dari kiri). - Foto SIN CHEW DAILY -
SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN), yang juga Timbalan Presiden sekarang menjalankan tugas Presiden Umno, menang selesa dalam pilihan raya kecil Rantau di Negeri Sembilan, dengan majoriti 4,510 undi setelah memperoleh 10,397 undi, malam Sabtu lalu.
Kemenangan beliau bermakna gabungan Pakatan Harapan (PH), yang memerintah selepas menjatuhkan kerajaan BN dalam pilihan raya umum (PRU) tahun lalu, mengalami kekalahan dalam tiga pilihan raya kecil berturut-turut tahun ini, sekali gus terus membayangkan kesukarannya menguasai undi Melayu.

