Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA PRESIDEN FILIFINA

Kemenangan 'Bongbong' Marcos Jr tamparan besar buat rakyat Filipina

May 11, 2022 | 05:30 AM



MANILA: Kemenangan Encik Ferdinand "Bongbong" Marcos Junior merupakan tamparan besar kepada jutaan rakyat Filipina yang berharap mahu mengubah haluan politik negara itu selepas enam tahun di bawah pemerintahan autoritarian Presiden Rodrigo Duterte.



Encik Marcos Jr melarikan diri dalam buangan di Hawaii, mengikuti keluarganya semasa pemberontakan 'kuasa rakyat' pada 1986 yang menamatkan pemerintahan autokratik bapanya, mendiang Ferdinand Marcos, selama 20 tahun.



Encik Marcos Jr kemudian berkhidmat di Kongres dan Senat sejak kembali ke Filipina pada 1991.



Beliau cekal enggan mengecam tindakan kejam dan rasuah yang dilakukan keluarganya sebelum ini, dalam kempen pilihan raya yang baru berlalu.



Dengan kenangan tentang rejim bapanya semakin pudar ditelan zaman dan dicemari catatan Facebook yang mengelirukan, pengundi Filipina beralih kepada Encik Marcos Jr untuk menghidupkan semula 'kejayaan lampau' negara itu.



"Beliau akan memulihkan negara kita daripada kemiskinan yang kami alami sekarang," kata penyokong yang juga pegawai polis bersara, Encik Anthony Sola, yang menyifatkan dirinya amat gembira dengan kemenangan Encik Marcos Jr.



Lelaki berusia 50 tahun itu juga menolak dakwaan bahawa keluarga Marcos telah mencuri sebanyak AS$10 bilion ($13.89 bilion ) semasa tempoh terakhir mereka berkuasa.



"Saya tidak percaya mereka mencuri wang, kerana jika mereka melakukannya, mereka sepatutnya telah dipenjarakan," katanya.



Kira-kira 43 peratus rakyat Filipina menganggap diri mereka miskin, dan 39 peratus lagi merasakan mereka berada di garisan sempadan (kemiskinan), menurut satu tinjauan pada Mac oleh Social Weather Survey.



Di jalanan, ribuan penyokong Encik Marcos bergembira dan menyalakan bunga api sambil mengibarkan bendera negara dan melaungkan kata-kata kemenangan.



Sementara itu, kumpulan aktivis hak asasi manusia, pemimpin Katolik dan pengulas politik telah memberi amaran tentang pengembalian kuasa puak keluarga Marcos.



"Pilihan raya ini boleh menjadi peluang terbesar kita bagi perubahan radikal," kata Cik Mae Paner, seorang aktivis politik yang merupakan sebahagian gerakan Revolusi Kuasa Rakyat.



"Akan berlaku lebih banyak kematian, akan ada lebih banyak hutang, akan ada lebih banyak kelaparan. Puak Marcos akan mencuri," katanya.



Bagi Encik Marcos Jr, beberapa minggu dan bulan mendatang akan membawa jangkaan tinggi daripada penyokong miskin yang sudah marah terhadap rentetan pemerintah sebelumnya, yang ramai percaya gagal memperbaiki kehidupan mereka.



Encik Marcos perlu berusaha memenuhi jangkaan itu di samping mengekalkan sokongan beberapa dinasti politik yang berkuasa di negara itu, yang mengharapkan 'beberapa manfaat' sebagai balasan untuk memberinya blok undi.



Sementara itu, calon presiden lain, termasuk legenda tinju, Encik Manny Pacquiao, melalui pengiraan awal, hanya memperoleh kurang empat juta undi, atau 6.8 peratus undi.



Ini menyebabkan beliau berada di tempat ketiga, jauh di belakang pemenang Encik Marcos Jr, dan calon tempat kedua, Cik Leni Robredo.



Seorang lagi calon, Datuk Bandar Manila, Encik Francisco Domagoso, telah mengaku kalah semalam.



Beliau yang merupakan bekas pelakon dan lebih dikenali dengan nama selebriti Isko Moreno, mengucapkan tahniah kepada Encik Marcos Jr melalui pengumuman Facebook.



Penganalisis Kumpulan Eurasia, Encik Peter Mumford, pula berkata:



"Salah satu bidang utama yang akan mendapat perhatian di bawah pentadbiran Encik Marcos Jr ialah sama ada rasuah ataupun kronisme - risiko yang sudah ketara di Filipina - akan bertambah buruk." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >