Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kementerian Agama salur $70j untuk 5,693 madrasah Indonesia

Dec 21, 2023 | 12:33 PM
PERUNTUKAN MADRASAH: Lebih 5,000 madrasah di Indonesia menerima dana bantuan hampir $70 juta bagi meningkatkan taraf pendidikan dan merapatkan jurang taraf antara madrasah.
PERUNTUKAN MADRASAH: Lebih 5,000 madrasah di Indonesia menerima dana bantuan hampir $70 juta bagi meningkatkan taraf pendidikan dan merapatkan jurang taraf antara madrasah. - Foto FACEBOOK KEMENTERIAN AGAMA RI

JAKARTA: Kementerian Ehwal Agama menyalurkan bantuan berjumlah 811 bilion rupiah (sekitar $69.53 juta) untuk 5,693 madrasah di semua peringkat pada 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan Islam kementerian itu, Encik M. Ali Ramdhani, berkata daripada 5,693 madrasah itu, 4,849 adalah penerima program Bantuan Ikrar dan 844 penerima program Bantuan Prestasi.

“Penyediaan bantuan prestasi madrasah dan bantuan ikrar bertujuan menggalakkan peningkatan mutu madrasah dan mengurangkan atau mengecilkan jurang mutu antara madrasah,” jelasnya dipetik akhbar, Tempo.

Menurutnya, program bantuan itu merupakan satu bentuk komitmen kementeriannya untuk meningkatkan mutu pendidikan agama di seluruh negara dan menyokong pembangunannya.

“Kami berharap dengan adanya bantuan ini, madrasah di Indonesia dapat terus membangun dan memberikan pendidikan agama yang bermutu,” katanya.

Menurut Pengarah Kurikulum, Kemudahan, Institusi dan Ehwal Pelajar kementerian, Encik Muhammad Sidik Sisdiyanto, bantuan prestasi itu bertujuan memberi ganjaran kepada madrasah kerana mewujudkan iklim positif bagi peningkatan mutu mereka.

Sementara itu, bantuan ikrar itu bertujuan menyokong madrasah yang memerlukan peningkatan mutu.

Di bawah program Bantuan Ikrar, tambah beliau, setiap madrasah menerima 150 juta rupiah. Sementara di bawah program Bantuan Prestasi, setiap madrasah mendapat 100 juta rupiah.

Pengerusi unit pengurusan projek program, Merealisasikan Janji Pendidikan-Reformasi Kualiti Pendidikan Madrasah (REP-MEQR), Encik Abdul Rouf, berkata kedua-dua program bantuan itu merupakan sebahagian daripada program REP-MEQR atau Reformasi Madrasah.

Penerima program dipilih melalui platform untuk perancangan dan belanjawan, berasaskan elektronik madrasah.

Ini bagi memastikan pemilihan adalah telus dan berdasarkan penilaian prestasi madrasah.

“Ini adalah sebahagian daripada ketelusan supaya kebertanggungjawapan pelaporan bantuan dapat dijamin,” kata Encik Rouf. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg