Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kementerian Dalam Negeri Malaysia pecat pegawai yang rakam video bawah skirt wanita

Sep 10, 2018 | 12:20 PM
RAKAM VIDEO BAWAH SKIRT: Pegawai yang sedang duduk dekat Datuk Azis Jamman semasa Timbalan Menteri Dalam Negeri itu sedang menjalani pemeriksaan mata ditangkap merakam video bawah skirt petugas wanita di sebuah kedai cermin mata.
RAKAM VIDEO BAWAH SKIRT: Pegawai yang sedang duduk dekat Datuk Azis Jamman semasa Timbalan Menteri Dalam Negeri itu sedang menjalani pemeriksaan mata ditangkap merakam video bawah skirt petugas wanita di sebuah kedai cermin mata. - Foto THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri Malaysia telah memecat seorang pegawainya yang ditangkap merakam video bawah skirt seorang wanita baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, berkata beliau dimaklumkan tentang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pegawai tersebut merakam video berkenaan.

Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah pusat beli-belah.

Pegawai tersebut merakam video bawah skirt wanita itu semasa wanita yang bekerja di sebuah kedai cermin mata itu sedang menjalankan pemeriksaan mata ke atas Datuk Azis.

"Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai yang membuat rakaman itu," kata Datuk Azis.

Beliau turut memohon maaf atas tindakan pegawai terbabit dan menegaskan perbuatan itu tiada kaitan dengan pegawai lain yang berkhidmat dalam pejabat Timbalan Menteri bersamanya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg