Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kementerian Ehwal Luar Malaysia tidak beri keizinan bagi kunjungan Menteri Besar Johor ke kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura

Jan 18, 2019 | 02:39 PM



SEBAIK diberitahu akan kunjungan yang dirancang ke sempadan perairan Malaysia-Singapura pada 9 Januari, pegawai kementerian di bawah arahan Menteri Luar Malaysia Dato’ Saifuddin Abdullah telah memberikan mesej kepada pejabat Menteri Besar Johor untuk tidak meneruskan kunjungan tersebut, menurut Kementerian Ehwal Luar Malaysia semalam. 



 



Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada tuntutan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian bahawa beliau telah mendapatkan keizinan tidak rasmi dari Dato’ Saifuddin. 



 



Menurut kenyataan itu lagi, arahan untuk tidak meneruskan kunjungan itu telah dihantar serta merta dan juga berulang kali.



 



Apabila dihubungi pihak kementerian, Datuk Osman Sapian sudah pun berada di atas kapal menuju kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura itu, tambahnya. 



 



Kementerian tersebut berkata ia bimbang bahawa kunjungan sedemekian akan menjejas hasil positif dan konstruktif yang telah dicapai melalui perbincangan dua hala antara Dato’ Saifuddin dan Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan sehari sebelumnya. 



 



Pada 8 Januari, kededua menteri bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kerja untuk mengkaji dan membincangkan urusan undang-undang dan operasi demi meredakan perselisihan antara kededua negara berkaitan bagi mengatasi keadaan di perairan Tuas. 



 



Dalam satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata bahawa ia membantah pencerobohan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, ke kawasan perairan Singapura dekat Tuas Rabu lalu. 



 



Disebabkan kejadian pencerobohan itu, Singapura mengumumkan kelmarin bahawa mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Menteri Bersama Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadualkan hari ini tidak dapat dijalankan, dan langkah itu mendapat persetujuan Malaysia.



 



Jawatankuasa itu dibentuk pada 2007 untuk mengkaji bagaimana dua negara berjiran itu boleh bekerjasama di zon ekonomi Iskandar di selatan Johor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >