Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kementerian Kesihatan M'sia arah tarik balik jualan mi segera yang dikatakan ada bahan penyebab barah

Apr 27, 2023 | 5:30 AM
b39c5540-27f1-4c7a-87d1-cd26bf64369d
-

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan arahan penarikan balik produk secara sukarela terhadap dua jenama mi segera tempatan dan keluaran Indonesia susulan laporan pihak berkuasa Taiwan yang mendakwa ia mengandungi bahan penyebab barah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan, berkata penarikan balik itu membabitkan produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Indomie Perisa Ayam Spesial.

Namun, beliau berkata persampelan Mi Kari Putih Penang Ah Lai mendapati ia mematuhi perundangan, namun arahan itu dikeluarkan bagi memastikan kawalan keselamatan makanan berterusan.

"KKM telah mengeluarkan arahan kepada pihak syarikat untuk penarikan balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai bagi keluaran berkaitan yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada.

"Kita juga mengesahkan terdapat kemasukan produk Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran Indonesia ke negara ini.

"KKM mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk tersebut di semua pintu masuk negara dan meminta syarikat terlibat menarik balik secara sukarela dari pasaran," katanya dalam kenyataan, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata kementerian menyiasat dua produk mi segera keluaran Malaysia dan Indonesia yang didakwa mengandungi etilena oksida atau sebatian kimia yang boleh menyebabkan barah.

Manakala jurucakap syarikat pengeluar mi segera yang berpangkalan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, yang dihubungi berkata pihaknya sudah menghantar sampel mi segeranya untuk ujian dan keputusan dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu.

Beliau mengesahkan syarikat itu menghantar stok mi segera ke Taiwan pada 2022 dengan tarikh luput tertentu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg