Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kementerian perjelas tidak larang pembesar suara di masjid Indonesia sepanjang Ramadan

Bagaimanapun, demi keselesaan awam, harap gunakan alat pembesar suara dalaman, menurut Kementerian Ehwal Agama
Mar 13, 2024 | 06:12 PM



JAKARTA: Kementerian Ehwal Agama Indonesia tidak pernah mengenakan sebarang larangan terhadap penggunaan pembesar suara di masjid dan surau sepanjang Ramadan. Ia hanya mengeluarkan garis panduan penggunaan alat pembesar suara itu.


“Kami tidak pernah mengeluarkan larangan seperti itu,” kata jurucakap Kementerian Ehwal Agama, Cik Anna Hasbie, pada 12 Mac.

Beliau menjelaskan bahawa kementerian mengeluarkan garis panduan penggunaan pembesar suara di masjid semasa bulan puasa, tetapi ia sekadar cadangan untuk menggalak toleransi dan menghormati kepelbagaian masyarakat di negara itu.

“Panduan itu bukan melarang penggunaan pembesar suara dan tidak membataskan kegiatan sepanjang Ramadan,” katanya dipetik agensi berita Antara.


“Sila teruskan membaca Al-Quran dengan pembesar suara. Bagaimanapun, untuk kepentingan bersama, sila gunakan pembesar suara dalaman sahaja,” kata Cik Anna dalam satu kenyataan kementerian itu.

Kementerian Ehwal Agama pada 18 Februari 2022 telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai Garis Panduan Penggunaan Pembesar Suara di Masjid dan Ruang Solat.

Ia bertujuan mewujudkan keamanan, ketenteraman dan keselesaan bersama dalam penyiaran agama dalam kalangan masyarakat majmuk daripada pelbagai kepercayaan agama dan latar belakang.

Garis panduan itu mengawal selia penggunaan pembesar suara dalaman dan luaran, termasuk penggunaan pembesar suara semasa Ramadan, solat tarawih, kuliah dan pengajian Ramadan, serta bacaan Al-Quran yang memerlukan pembesar suara dihalakan di dalam masjid.

Cik Anna menjelaskan, garis panduan itu bukan sesuatu yang baru. Malah ia sudah wujud sejak 1978.

Walaupun ia hanya cadangan, pekeliling itu mengikat beberapa pihak termasuk pejabat Kementerian Agama di peringkat daerah dan bandar.

Pejabat-pejabat itu digesa memberi bimbingan dan penyeliaan berkaitan dasar tersebut.


“Pekeliling ini bukan norma undang-undang. Ia tidak wajib, tetapi ia mengikat pihak yang disebut dalam surat itu,” kata Cik Anna.

Penjelasan itu diberikan sebagai respons kepada syarahan tokoh agama, Gus Miftah, di Sidoarjo, Jawa Timur, baru-baru ini yang menekankan larangan menggunakan pembesar suara untuk membaca Al-Quran di masjid sepanjang Ramadan.

 Gus Miftah adalah pendakwah selebriti yang berpengaruh dari Yogyakarta.

Beliau membandingkannya dengan penggunaan pembesar suara untuk rancangan dangdut atau muzik yang tidak diharamkan, walaupun berlarutan sehingga dinihari.

Tempo.Co cuba menghubungi Gus Miftah untuk mendapatkan ulasan lanjut mengenai perkara itu tetapi belum menerima maklum balas sejauh ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >