Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemerdekaan ke-77 Indonesia raut legasi Jokowi

Selain pencapaian dalaman termasuk bendung Covid-19 dan ekonomi lebih utuh, Indonesia dapat tumpuan di peringkat global
Aug 19, 2022 | 05:30 AM



RAKYAT Indonesia dilihat meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-77 negara kelmarin dengan penuh semarak dan bersemangat setelah republik itu berjaya mengawal penularan pandemik Covid-19 dan menikmati pertumbuhan ekonomi yang lebih utuh - kedudukan yang jauh berbeza dari yang dialaminya sejak dua tahun lalu.



Malah, kejayaan negara seramai 273.5 juta penduduk itu dalam menonjolkan keterampilan, pengaruh dan langkah kepimpinan - bukan sahaja di peringkat serantau tetapi global disorot Presiden Joko 'Jokowi' Widodo.



"Tahun 2022 ini, kita menjadi Presiden G20, organisasi 20 negara ekonomi terbesar di dunia. Tahun depan, menjadi Ketua Asean.



"Ertinya, kita berada di puncak kepimpinan global dan memperoleh kesempatan besar untuk membangun kerjasama antarabangsa," katanya semasa berucap di Sidang Tahunan Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) pada Selasa lalu.



Indonesia mengambil alih kepresidenan G20 pada Disember 2021 dan menerajui pertubuhan itu selama setahun, sehingga ia mengadakan sidang puncak di Bali pada 15 dan 16 November ini.



Kejayaannya memimpin gagasan ekonomi terbesar dunia itu tentunya akan mengabsahkan legasi kepimpinan Encik Jokowi.



Tekad Indonesia untuk menjadi pendamai di tengah-tengah ketegangan geopolitik dunia turut menyerlah.



Ini dibuktikan dengan usaha republik itu bertindak sebagai 'jambatan perdamaian' dalam konflik Russia-Ukraine.



Pelantikan Encik Jokowi sebagai salah seorang daripada enam 'juara' pendamai oleh Kumpulan Respons Krisis Global (GCRG) yang dibentuk oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, juga membolehkan bekas gabenor Jakarta itu memberi respons kepada misi-misi kemanusiaan sejagat bagi menangani kehimpitan sedunia disebabkan meningkatnya kos sara hidup.



Disebabkan ini, Indonesia dilihat mampu mengekalkan pendirian berkecuali dan pada masa sama meningkatkan pengaruhnya di mata dunia.



Meskipun diasak badai inflasi global, Indonesia menikmati pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.44 peratus bagi suku kedua tahun ini - kadar pertumbuhan terpantas tahun ini.



Kadar inflasi 4.94 peratus yang dialaminya juga dilihat berada di bawah paras negara-negara Asean sekitar 7 peratus, kata Encik Jokowi.



Sehingga pertengahan tahun ini, belanjawan Indonesia juga menikmati lebihan Rp106 trilion ($9.95 bilion).



Dalam menangani pandemik Covid-19, pentadbiran Pak Jokowi menunjukkan kesungguhan mengatasinya sehingga Indonesia muncul sebagai salah satu dari lima negara teratas di dunia dari segi penyuntikan vaksinasi, dengan 432 juta dos dilaksanakan sejauh ini.



Melihat keadaan semasa yang semakin baik, Encik Jokowi dilihat akan lebih memberi tumpuan kepada beberapa keutamaannya, merancakkan lagi kemajuan ekonomi dan pembangunan prasarana di seluruh negara.



Ini selain memastikan agenda utamanya dalam mengalihkan ibu kota negara dari Jakarta ke Kalimantan dapat dilaksanakan dengan jayanya.



Indonesia merancang untuk meninggalkan Jakarta yang diketahui sesak, padat dan semakin tenggelam.



Diharapkan, ibu kota baru yang dinamakan 'Nusantara' yang terletak 2,000 kilometer dari Jakarta itu akan menawarkan satu anjakan dan dinamisme baru buat pentadbiran masa depan demi kesejahteraan rakyat.



Natijahnya, ia diyakini akan menyubur azam Indonesia untuk berdaya maju selain mengukuhkan legasi kepimpinan Presiden Joko Widodo.




"Tahun 2022 ini, kita menjadi Presiden G20, organisasi 20 negara ekonomi terbesar di dunia. Tahun depan, menjadi Ketua Asean. Ertinya, kita berada di puncak kepimpinan global dan memperoleh kesempatan besar untuk membangun kerjasama antarabangsa."
- Presiden Joko 'Jokowi' Widodo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >