Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kempen 'pelajar bukan pengantin' di Malaysia dapat sokongan

Menteri, AP ikrar sokong usaha hentikan perkahwinan kanak-kanak
Jul 21, 2018 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Kempen Hashtag #pelajarbukanpengantin (#schoolnotspouse) bagi menghentikan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia mendapat momentum dengan beberapa menteri dan ahli parlimen (AP) turut berikrar menyertai kempen itu, yang dilancarkan Selasa lalu.



Jabatan Kehakiman Syariah merekodkan 5,362 permohonan kelulusan nikah kanak-kanak bawah umur beragama Islam di seluruh Malaysia dari Januari 2013 hingga Disember tahun lalu, dedah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di parlimen kelmarin.



Awal bulan ini, beliau berkata kerajaan komited menaikkan batas umur perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi lelaki dan perempuan.



Penegasan beliau dan kempen itu menyusuli tindakan seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan mengahwini seorang budak perempuan berumur 11 tahun yang difahamkan berasal dari selatan Thailand.



Bagi kempen dalam talian itu, anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), orang ramai mengambil gambar selfie sambil memegang poster tertera 'Pelajar Bukan Pengantin' atau 'School Not Spouse'.



Gambar itu dimuat naik ke akaun instagram bersama tanda pagar #pelajarbukanpengantin atau #schoolnotspouse dan kemudian dimuat naik semula dalam Instagram rasmi WAO: Pelajar Bukan Pengantin!.



Kempen itu mendapat momentum dengan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh, AP Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan AP Klang Charles Santiago antara yang menyokongnya.



Cik Nurul Izzah Anwar melakukannya kelmarin dan gambar beliau memegang poster 'Pelajar Bukan Pengantin' menjadi tular.



Encik Santiago pula berkata dalam Facebooknya kelmarin: "Sudah tiba masanya kita mengadakan perbincangan terbuka mengenai isu perkahwinan kanak-kanak kerana ia menafikan hak mereka dan juga merampas zaman kanak-kanak daripada mereka, selain menimpa trauma fizikal, seksual dan emosi.



"Oleh itu saya memuji inisiatif oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan individu yang memulakan kempen 'Pelajar Bukan Pengantin' atau 'Student Not Spouse'.



"Saya mengikrarkan perpaduan bersama gesaan mereka agar diharamkan perkahwinan kanak-kanak di negara ini dan menggesa lebih ramai rakyat Malaysia tampil menyokong inisiatif ini."



Kempen #pelajarbukanpengantin berharap dapat memberi tekanan kepada penggubal undang-undang untuk mendesak undang-undang mengharamkan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia.



"Kempen ini dimulakan oleh sekumpulan warga prihatin yang ingin menjadikan perkahwinan kanak-kanak tinggal sejarah pada 2018. Tidak ada perkahwinan kanak-kanak, tidak ada pengecualian. Kanak-kanak harus berada di sekolah, bukan berkahwin," kata peguam Robyn Choi.



"Setakat ini, yang tiada dalam perbincangan mengenai perkahwinan kanak-kanak ialah suara anak-anak sendiri. Kami berharap dapat mendengar suara mereka melalui kempen ini kerana ini, sememangnya, mengenai mereka," tambah bekas ketua setiausaha Persatuan Hak Asasi Manusia Negara (Hakam) itu.



Menurut beliau, hujung minggu ini kempen itu akan mendekati kira- kira 600 kanak-kanak di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas mereka mengenai huraian bagi masalah itu.



"Kami berharap ahli parlimen kita akan mendesak bagi undang-undang baru ini, jika tidak pada sesi parlimen sekarang, sesi seterusnya," ujar Cik Choi.



"Ini bukan masalah yang dihadapi oleh masyarakat tertentu. Ini masalah Malaysia dan semua orang harus terlibat." - BH Online, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >