Topik diikuti
Pergi ke BHkuKempen Trump rancang fail tuntutan mahkamah dakwa 10,000 undi secara haram di Nevada
Kempen Trump rancang fail tuntutan mahkamah dakwa 10,000 undi secara haram di Nevada
WASHINGTON: Kempen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sedang merancang satu sidang media pada Khamis (5 Nov) pagi di Las Vegas untuk mengumumkan langkah memfailkan tuntutan mahkamah mendakwa sekurang-kurangnya 10,000 orang telah mengundi secara haram di Nevada, lapor Fox News.
Tuntutan mahkamah itu mendakwa undi yang dibuang di Nevada dilakukan oleh individu yang tidak lagi tinggal di situ, kata Fox.
Bekas pemangku Pengarah Perisikan Negara, Ric Grenell, bekas Peguam Negara Adam Laxalt, Pengerusi Kesatuan Konservatif Amerika, Matt Schlapp dan Pengerusi GOP di Nevada, Michael McDonald akan menghadiri acara itu yang dirancang berlangsung pada 11.30 pagi waktu New York (Jumaat, 12.30 malam, waktu Singapura).
Kempen Encik Trump telah pun memfailkan beberapa tuntutan mahkamah berkaitan kempen pilihan raya di Michigan, Pennsylvania dan Georgia. - Agensi berita