Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RENCANA

Kenaikan barangan jelang Aidilfitri tambah derita golongan pendapatan rendah di M'sia

May 19, 2021 | 05:30 AM



KESENGSARAAN akibat kesan pandemik Covid-19 belum lagi reda, penduduk Malaysia terutama umat Islam golongan berpendapat rendah kini dihimpit dengan kenaikan harga barangan makanan yang melampau pada bulan puasa ini.



Bagi kebanyakan golongan B40 dan M40 tekanan akibat kenaikan harga barangan itu tidak seteruk pada musim Aidilfitri pada tahun lepas kerana pandemik Covid-19 baru melanda negara dan antara mereka masih mempunyai kerja.



Tetapi selepas setahun keadaan berubah kerana ramai sudah tidak mempunyai pendapatan dan juga yang baru bekerja dengan gaji tidak sebanyak dulu.



Lebih-lebih lagi musim persekolahan fizikal baru saja dibuka yang memerlukan banyak perbelanjaan membeli keperluan persekolahan anak-anak mereka ditambah pula kenaikan harga pelbagai peralatan persekolahan.



Pada minggu pertama bulan Ramadan harga ayam, ikan dan sayuran naik hingga tiga kali ganda daripada hari-hari biasa.



Contohnya, harga ayam hari biasa RM6.50 ($2.10) hingga RM7.50 tetapi naik hingga RM10 sekilogram sebelum Hari Raya.



Bagi Penganalisis Isu Semasa, Encik Noor Mohamad Shakil Hameed, ini satu strategi licik dari pihak-pihak yang ingin memanipulasi keadaan dan mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dalam jangka masa yang pendek.



Menurut Enciik Noor Mohamad, antara sebabnya umat Islam adalah penduduk dan pengguna terbesar negara ini, maka musim Hari Rayalah peluang terbaik untuk golongan pemborong, pembekal dan peniaga yang tidak bertanggungjawab meraih keuntungan mudah dan cepat dengan cara menaikkan harga barangan keperluan, terutamanya barangan asas.



"Itu sebabnya isu kenaikan harga barangan menjadi masalah besar pada setiap kali Aidilfitri," katanya kepada Berita Harian.



Apabila harga barangan naik terutama ayam naik mendadak ramai pengguna kecewa dan menyatakan kemarahan mereka di pelbagai wadah media sosial terhadap pemerintah yang didakwa gagal bertindak mengawal harga.



Saban hari kita akan lihat dan baca di wadah media sosial netizen menghantar gambar-gambar menunjukkan tanda-tanda harga barangan yang di jual di pasar basah atau pasar raya.



Tetapi yang menjadi kehairanan ramai belum ada tanda-tanda pemerintah mahu masuk campur menangani harga barangan yang menjadi kemarahan ramai itu.



Arah aliran kenaikan harga barangan sebenarnya berlaku setiap kali musim perayaan di negara ini tetapi agak yang menjadi persoalan kenapa musim perayaan Aidilfitri menjadi sasaran utama peniaga.



Bagi rakyat pihak kementerian tahu arah aliran kenaikan ini akan berlaku, tetapi kenapakah pihak kementerian lambat bertindak atau tidak ada tindakan-tindakan tetap untuk menangani isu tersebut?



Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengumumkan 12 jenis barangan bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021.



Senarai barang yang diumumkan dalam SHMMP termasuk ayam, telur ayam, daging serta hasil laut seperti ikan tongkol, selayang, kembung dan mabung.



SHMMP itu dilaksanakan sebagai langkah menyekat kenaikan harga keperluan ketika Ramadan dan menjelang Aidilfitri.



Encik Noor Mohamad berkata, SHMMP adalah antara langkah yang baik, namun ianya perlu diumumkan lebih awal supaya harga barangan dapat pantau dan dikawal sebelum musim perayaan selain kesannya dapat dilihat semasa musim perayaan.



Dalam kes sekarang menurutnya, harga barangan sudahpun naik semasa SHMMP diumumkan.



Pengguna sudahpun merungut dan terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih tinggi sekali gus menjejaskan kuasa beli pengguna dan meningkatkan kos sara hidup rakyat.



Pada hakikatnya, katanya, SHMMP masih bersifat bermusim dan sementara, maka ianya tidak dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan secara holistik. Kita perlu ada metodologi yang lebih menyeluruh dan efektif untuk mengawal harga sepanjang masa.



"Dalam konteks ini, perlu juga diberi perhatian kepada isu di mana, para peniaga yang selalu dikenakan tindakan dan ironinya kebanyakan daripada mereka adalah mangsa keadaan kerana mereka membeli dari pemborong/pembekal dengan harga yang mahal, maka terpaksa menjual kepada pengguna dengan harga yang tinggi.



"Jadi, jika kita mahu kawal kenaikan harga barangan secara menyeluruh dan berkesan, ianya perlu memberi perhatian kepada setiap peringkat rantaian yang terlibat, iaitu pemborong, pengedar dan peniaga. Kita perlu kawal harga jualan di setiap peringkat tersebut supaya pada akhirnya harga yang dijual kepada pengguna itu lebih realistik," katanya.



Tidak dinafikan dalam sistem ekonomi bebas harga sesuatu barang itu bergantung kepada faktor permintaan dan penawaran. Turun naik harga barangan makanan adalah satu kebiasaan pasaran yang sudah lama diterima oleh rakyat jelata.



Bagaimanapun, pengguna terutama pendapatan rendah tidak dapat menerima hakikat kenaikan harga melebihi daripada paras biasa atau harga meningkat melampau seperti harga ayam. Kegelisahan mereka ini perlu diatasi pemerintah kerana mereka adalah golongan majoriti penduduk negara yang menimbulkan masalah sosial sekiranya tidak ditangani segera.



Encik Noor Mohamad menyarankan pihak kementerian wajar memikirkan kaedah dan tindakan yang lebih bersifat tetap dan berterusan berbanding tindakan mengikut musim seperti sekarang. Pemantauan dan penguatkuasaan terhadap harga barangan perlu berlaku sepanjang masa kerana harga barangan di negara boleh dikatakan sentiasa naik, dan bertambah parah ketika musim perayaan utama.



Berikutan itu, katanya, pemerintah perlu bertindak lebih tegas untuk melindungi pengguna yang terus dibuli oleh golongan peniaga.



Antara tindakan tegas yang boleh diambil; umumkan SHMMP lebih awal; pantau dan kawal harga di setiap peringkat rantaian perniagaan; lantik lebih ramai penguat kuasa untuk memantau di seluruh pelosok negara - boleh turunkan kuasa kepada pemimpin masyarakat seperti Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi Persatuan Penduduk; semak semula hukuman yang ada - boleh dinaikkan lagi nilai denda sebagai pengajaran; senaraihitamkan pembekal yang memanipulasi dan menetapkan harga yang tinggi; menggantung atau membatalkan lesen perniagaan pembekal/pengedar/peniaga yang bersubahat dalam kitaran kenaikan harga barangan.




"Dalam konteks ini, perlu juga diberi perhatian kepada isu di mana, para peniaga yang selalu dikenakan tindakan dan ironinya kebanyakan daripada mereka adalah mangsa keadaan kerana mereka membeli dari pemborong/pembekal dengan harga yang mahal, maka terpaksa menjual kepada pengguna dengan harga yang tinggi. Jadi, jika kita mahu kawal kenaikan harga barangan secara menyeluruh dan berkesan, ianya perlu memberi perhatian kepada setiap peringkat rantaian yang terlibat, iaitu pemborong, pengedar dan peniaga. Kita perlu kawal harga jualan di setiap peringkat tersebut supaya pada akhirnya harga yang dijual kepada pengguna itu lebih realistik."
- Penganalisis Isu Semasa, Encik Noor Mohamad Shakil Hameed




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >