Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS kenakan sekatan atas China, Myanmar, Korea U, Bangladesh

Canada dan UK sertai tindakan berkaitan isu hak asasi manusia
Dec 12, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan meluas berkaitan isu hak asasi manusia ke atas berpuluh individu dan entiti yang rapat dengan China, Myanmar, Korea Utara dan Bangladesh, dan turut menyertakan syarikat kecerdasan buatan China, SenseTime Group, kepada senarai hitam pelaburan.



Canada dan United Kingdom menyertai Amerika dalam mengenakan sekatan berkaitan pencabulan hak asasi kemanusiaan di Myanmar, dan Washington turut mengenakan sekatan baru pertama ke atas Korea Utara di bawah pentadbiran Joe Biden selain menjadikan entiti tentera Myanmar sebagai sasaran, dalam tindakan sempena meraikan Hari Hak Asasi Kemanusiaan.



"Tindakan kami hari ini, terutama dengan kerjasama dengan United Kingdom dan Canada, menghantar mesej bahawa demokrasi di seluruh dunia akan bertindak terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa negara untuk menimbulkan penderitaan dan penindasan," kata Timbalan Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Encik Wally Adeyemo dalam satu kenyataan.



Kedutaan China di Washington mengecam tindakan Amerika itu sebagai "campur tangan serius dalam hal ehwal dalaman China" dan "pelanggaran serius asas-asas norma berhubung perhubungan antarabangsa."



Jurucakap kedutaan China, Encik Liu Pengyu, berkata tindakan itu mendatangkan "mudarat besar kepada hubungan China-Amerika" dan menggesa Washington menarik balik sekatan itu.



Wakil Korea Utara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kedutaan Myanmar dan Bangladesh di Washington tidak memberi respons ketika diminta.



Langkah sekatan terbaru diumumkan supaya ia bertepatan dengan Sidang Kemuncak Demokrasi yang diadakan secara maya, di mana Presiden Biden mengumumkan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh demokrasi di seluruh dunia dan sokongan perundangan prodemokrasi di Amerika Syarikat.



Presiden Biden berkata bahawa komitmen yang dibuat lebih 100 pemimpin dunia di sidang puncak itu akan menghambat peningkatan autokrasi di seluruh dunia, memerangi rasuah dan mempromosikan hak asasi manusia.



"Ini akan membantu menanam benih demokrasi di seluruh dunia," katanya dalam ucapan menutup sidang puncak itu.



Perbendaharaan Amerika telah menyertakan syarikat kecerdasan buatan China, SenseTime Group, kepada senarai "syarikat perindustrian-ketenteraan China" dan menuduh syarikat itu membangunkan pengecaman muka yang boleh menentukan sasaran berdasarkan etnik, dengan tumpuan khusus pada mengenal pasti etnik Uyghur.



Berikutan pengumuman itu, syarikat itu akan tertakluk kepada larangan pelaburan bagi pelabur Amerika.



SenseTime hampir menjual 1.5 bilion saham dalam Tawaran Awam Awal (IPO).



Selepas berita mengenai sekatan awal minggu ini, syarikat itu mula membincangkan nasib IPO AS$767 juta ($1.05 bilion) dengan bursa saham Hong Kong.



SenseTime berkata dalam satu kenyataan bahawa ia "amat membantah tuduhan yang dibuat ke atasnya" dan berkata tuduhan itu "tidak berasas".



"Kami telah mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai berhubung dengan perniagaan kami dalam semua aspek dalam bidang kuasa tempat kami jalankan perniagaan," kata syarikat itu.



Kumpulan hak asasi dan pakar menganggarkan lebih sejuta orang, terutamanya etnik Uyghur dan anggota minoriti Islam yang lain, telah ditahan dalam kem tahanan di wilayah Xinjiang, China. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >