SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kenapa Presiden Korea Selatan Cik Park Geun Hye beli banyak Viagra...

Kenapa Presiden Korea Selatan Cik Park Geun Hye beli banyak Viagra...

Nov 23, 2016 | 3:25 PM

Kenapa Presiden Korea Selatan Cik Park Geun Hye beli banyak Viagra...

Presiden Park Geun-Hye memohon maaf secara terbuka pada 25 Oktober 2016 bagi kebocoran dokumen rasmi kepada rakan keluarganya yang terlibat dalam skandal rasuah.
Presiden Park Geun-Hye memohon maaf secara terbuka pada 25 Oktober 2016 bagi kebocoran dokumen rasmi kepada rakan keluarganya yang terlibat dalam skandal rasuah. - GAMBAR AFP

SEOUL: Skandal melibatkan orang kepercayaan Presiden Korea Selatan, Cik Park Geun Hye, yang diragui bertambah pelik pada Rabu (23 Nov) apabila pejabat Cik Park dipaksa menjelaskan tentang pembelian besar-besaran pil Viagra.

Pendedahan mengenai hubungan panjang dan rapat Cik Park dengan kawan rapatnya, Choi Soon Sil, serta bapa Choi, pengasas sebuah kumpulan agama kultus yang telah meninggal dunia, mencetuskan minat besar media dalam kehidupan peribadi presiden itu.

Pada Selasa, seorang anggota parlimen parti pembangkang mendedahkan bahawa pejabat Cik Park tahun lalu membeli beratus-ratus pil merawat mati pucuk, termasuk Viagra dan versi generik ubat itu

Sedang pendedahan itu mencetuskan keghairahan media, jurucakap Cik Park berkata ubat itu dibeli untuk melegakan penyakit gunung yang mungkin dialami beliau semasa lawatan ke negara-negara Afrika di altitud tinggi, termasuk Ethiopia, Mei lalu.

"Kami membelinya bagi lawatan itu tetapi tidak menggunakannya," Encik Jung Youn Kuk kepada pemberita, sambil menambah ubat itu diketahui berkesan bagi merawat penyakit ketinggian.

Cik Park tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai pasangan yang diketahui.

Pejabatnya juga dalam tahun-tahun kebelakangan ini membeli beratus-ratus dos suntikan ekstrak plasenta manusia dan vitamin, yang biasa digunakan bagi detoksifikasi dan rawatan antipenuaan.

Encik Jung berkata dos itu dibeli untuk pekerja di pejabat presiden, termasuk pengawal peribadi Cik Park.

Pendakwa sedang menyiasat apakah Cik Park juga mendapatkan pelbagai preskripsi suntikan untuk dirinya dengan menggunakan nama Choi di klinik swasta, tanpa pengetahuan kakitangan perubatan rasmi presiden.

Dalam skandal yang melanda jawatan presiden, Cik Park dan Choi dituduh berpakat untuk memaksa syarikat-syarikat tempatan menderma berpuluh-puluh juta dolar kepada yayasan tidak mencari untung yang meragukan, yang dikuasai Choi.

Wanita itu didakwa menggunakan sebahagian wang tersebut untuk kepentingan peribadi. Cik Park juga dituduh membiarkan Choi campur tangan dalam ehwal negara.

Beliau menghadapi siasatan jenayah oleh pendakwa dan desakan semakin meningkat agar beliau dipecat. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg