Topik diikuti
Pergi ke BHkuKenderaan S'pura perlu daftar untuk masuk ke M'sia mulai 1 Sept
* Pendaftaran online bermula 15 Ogos dengan caj $3.60 * Libatkan semua jenis kenderaan
Aug 3, 2015 | 11:16 AM
Kenderaan S'pura perlu daftar untuk masuk ke M'sia mulai 1 Sept
GELANG PATAH: Kenderaan Singapura yang memasuki Malaysiaperlu berdaftar dengan Jabatan Jalan Raya Pengangkutan Malaysia (RTD), jika tidak mereka tidak akan dibenarkan masuk ke negara tersebut - sejajar dengan undang-undang baru yang berkuatkuasa mulai 1 September.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata pendaftaran wajib itu melibatkan semua jenis kenderaan privet, bas awam, teksi, kenderaan pengangkut barangan serta kereta diplomat, lapor akhbar The Star.