Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kenyataan berbaur hasutan: Hadi Awang diminta beri keterangan polis

Dec 06, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Tan Sri Abdul Hadi Awang dipanggil untuk memberi kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya.



Menurut pembantu Tan Sri Hadi, Ahli Parlimen Marang itu akan berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, untuk merakam keterangannya.



Pembantu itu berkata ia susulan laporan polis dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini.



Tan Sri Hadi sebelum ini mendakwa Parti Tindakan Demokratik (DAP) mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.



Beliau turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu "tidak bermoral".



Tan Sri Hadi menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil "tiba-tiba memberi masa tambahan" bagi memberi peluang kepada pasukan kalah "untuk menang dengan apa cara sekalipun".



Komennya yang dipetik daripada ruangan ditulisnya dalam lidah rasmi PAS, Harakah ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Agong untuk membentuk kerajaan persekutuan perpaduan.



Sementara itu, Ketua Komunikasi PKR Ampang, Encik Syafiq Zulkifli kelmarin menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Hadi yang menyifatkan kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara.



"Kebencian yang cuba disemai ahli politik seperti Hadi menyebabkan ketidakharmonian dan membantut pertumbuhan ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur.



"Tindakan tegas mesti diambil polis terhadap mereka yang mencabar kedaulatan negara dan mereka yang terlibat dalam sebarang unsur pengkhianatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan," katanya dalam kenyataan.



Ia susulan laporan polis dibuat pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Raudhatul Muslimin terhadap Tan Sri Hadi, dengan berkata kenyataannya berunsur fitnah dan tidak sejajar ajaran Islam, selain boleh mengganggu ketenteraman awam.



NGO itu juga menuduh Tan Sri Hadi tidak menghormati Perlembagaan dan Agong.



Sebelum ini Tan Sri Hadi menegaskan pihaknya tidak mempunyai masalah dengan kenyataan pemimpin PH yang mahu polis menyiasat pemimpin parti itu.



Ditanya mengenai kenyataan dibuatnya yang dianggap keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara, Tan Sri Hadi berkata beliau akan memberikan kerjasama jika perlu.



"Nak report (polis) reportlah, saya sedia pergi Bukit Aman tak apa," katanya ringkas pada sidang media selepas program ceramah sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang, sebelum ini. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >